awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PNS sedia dana hingga RM70 juta untuk perniagaan francais tahun ini

Bernama
Bernama
07/03/2015
09:12 MYT
PNS sedia dana hingga RM70 juta untuk perniagaan francais tahun ini
PNS memperuntukkan sehingga RM70 juta tahun ini bagi membantu usahawan meneroka peniagaan francais.
Perbadanan Nasional Bhd (PNS) memperuntukkan sehingga RM70 juta tahun ini bagi membantu usahawan meneroka peniagaan francais, kata Pengarah Urusannya Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin.
Beliau berkata tahun lepas PNS meluluskan kira-kira RM50 juta, dan tahun ini berdasarkan bilangan syarikat francais baharu dari luar negara yang memasuki pasaran, permintaan untuk dana itu akan meningkat memandangkan kos francais antarabangsa lebih tinggi.
"Ia bukan setakat angka kerana jika permintaan tinggi daripada yang diperuntukkan, PNS akan mencari jalan untuk membantu memenuhi keperluan kewangan usahawan untuk meneroka bidang itu dengan syarat syarikat berkenaan berdaya mahu mengikut penilaian kami," katanya.
PNS menyediakan pembiayaan sehingga kira-kira 70 peratus kos projek, dengan kadar pulangan antara 4.5 dan 7.0 peratus atau RM5,000 hingga RM2 juta, katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita pada Sidang Kemuncak Francais Antarabangsa 2015 (IFM 2015) di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah Persatuan Francais Dunia Martin Hancock sebelum itu berkata Amerika Syarikat merupakan pusat francais dan persekitaran peniagaan itu sangat positif tahun ini.
Beliau berkata perniagaan francais berkembang pesat dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berbanding ekonomi lain pada 2015, dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sektor francais dijangka meningkat sebanyak 5.1 peratus kepada US$521 bilion.
Hancock berkata angka itu akan mengatasi pertumbuhan KDNK US yang diunjurkan pada 4.9 peratus, namun di peringkat tempatan kadarnya kira-kira 1.6 peratus yang menunjukkan pertumbuhan lebih pesat di pasaran antarabangsa.
Syed Kamarulzaman yang mengulas perkara itu berkata pertumbuhan perniagaan francais di Malaysia juga selari dengan pencapaian di US.
Sepanjang lima tahun lepas, pertumbuhan sektor itu juga kira-kira lima hingga 10 peratus dan kami menjangkakan ia akan berterusan memandangkan sektor itu masih belum tepu berbanding di US.
"Namun kami berharap francais yang dibangunkan sendiri dalam negara akan berkembang dan mampu menembusi dan diperluaskan ke pasaran antarabangsa. Kita sudah pun mempunyai beberapa francais dan berharap lebih banyak akan diperkenalkan," katanya.
Untuk itu, usahawan perlu meningkatkan dan melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan, mengukuhkan perniagaan dan berani meneroka ke pasaran luar.
Beliau berkata program seperti IFM2015 merupakan sebahagian daripada usaha PNS untuk membantu usahawan.
Siri kedua IFM ini turut menyaksikan 400 peserta dari lapan negara, Argentina, Australia, US, India, Korea, Nigeria, Singapura dan Indonesia, selain peserta tempatan.
Topic Berkaitan
#Datuk Syed Kamarulzaman
#francais
#Martin Hancock
#Perbadanan Nasional Bhd
#PNS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan