awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pos Malaysia lancar perkhidmatan Dropbox Prabayar Pos Laju

Bernama
Bernama
21/06/2016
13:42 MYT
Pos Malaysia lancar perkhidmatan Dropbox Prabayar Pos Laju
Perkhidmatan Dropbox Prabayar Pos Laju membolehkan pelanggan mengirim barangan mereka menggunakan mesin layan diri.
Pos Malaysia Bhd hari ini melancarkan perkhidmatan Dropbox Prabayar Pos Laju yang membolehkan pelanggan mengirim barangan mereka menggunakan mesin layan diri.
Menurut kenyataan Pos Malaysia hari ini, pada peringkat awal, perkhidmatan itu hanya boleh didapati di Lembah Klang sebelum pemasangan 40 unit lagi mesin layan diri di seluruh negara menjelang Oktober ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata perkhidmatan Dropbox Prabayar Pos Laju itu akan memudahkan urusan pelanggannya sekaligus melebarkan rangkaian sedia ada yang terdiri daripada 698 pejabat pos, 68 cawangan Pos Laju, Pos Laju Ezibox dan ejen Pos Laju.
"Para pelanggan Pos Laju akan mendapati proses kiriman barang menerusi perkhidmatan ini lebih mudah, tanpa perlu beratur di pejabat pos atau Pusat Pos Laju.
"Usaha ini membolehkan Pos Malaysia menambah 'touch-point' pelanggan di samping membolehkan pelanggan yang sibuk untuk menguruskan penghantaran bungkusan pada bila-bila masa menggunakan saluran baru ini yang fleksibel dan sesuaui dengan gaya hidup mereka," katanya.
Lima unit mesin layan diri Dropbox Prabayar Pos Laju terletak di lokasi strategik di Lembah Klang iaitu di hab e-dagang Pos Malaysia di ibu pejabat di Kompleks Dayabumi, Pusat Pos Laju Bangi, pejabat pos di Tesco Extra Selayang, pejabat pos di Pasaraya Hiper Giant Seksyen 13 Shah Alam dan pejabat pos di Tesco Extra Cheras, katanya.
Topic Berkaitan
#Dropbox Prabayar Pos Laju
#mesin layan diri
#pos malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan