Menurut Presiden and Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Tan Sri Datuk Seri Bakke Salleh, ini susulan kesan harga minyak sawit mentah yang menyusut dan pengeluaran buah tandan segar yang rendah.
Perolehan suku kedua menurun 37.5 peratus ke RM 273.5 juta daripada RM437.39 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya.
Keuntungan sebelum cukai suku kedua menyusut 22 peratus tahun ke tahun ke RM463.54 juta berbanding RM592.70 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya.
Walaubagaimanapun, pendapatan suku kedua mencatatkan peningkatan 10 peratus tahun ke tahun ke RM11.83 juta berbanding RM10.74 juta pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya.
Faktor cuaca
Menurut laporan Bernama, beliau berkata pengeluaran FBB di semua rantau menerima kesan daripada keadaan cuaca buruk yang menyebabkan penurunan empat peratus pengeluaran di Malaysia dalam suku tersebut.
Antara lainnya, beliau berkata prestasi huluan New Britain Palm Oil Ltd (NBPOL) juga terjejas oleh kemarau berlarutan disebabkan oleh fenomena El Nio di Papua New Guinea dan Solomon Islands, yang menjejaskan semua tanaman termasuk perniagaan ternakan lembu.
Semasa suku tersebut harga purata MSM rendah pada RM2,066 setan metrik berbanding RM2,123 setan metrik yang dicatatkan pada suku yang sama 2014.
"Penurunan tiga peratus dalam suku semasa adalah disebabkan oleh harga purata MSM rendah di Indonesia berikutan kesan levi eksport US$50 setan metrik yang dikenakan oleh kerajaan Indonesia berkuat kuasa 16 Julai, 2015," kata Mohd Bakke.
Mengenai prestasi bahagian-bahagian lain, beliau berkata kegawatan sektor perlombongan dan pertumbuhan perlahan di China terus memberi kesan besar kepada bahagian perindustrian manakala perniagaan dipacu pengguna terus diuji dengan sentimen lemah.
Pengurusan, katanya, terus melaksanakan dan menilai usaha mengurangkan hutang dan membuat penyusunan semula untuk memastikan kumpulan mempunyai kapasiti yang sesuai untuk berdepan keadaan perniagaan sukar."Walaupun berdepan keadaan tidak menentu ini, saya gembira dengan sumbangan keuntungan tinggi daripada bahagian motor dan hartanah dalam suku kedua tahun kewangan 2015/2016 memandangkan jualan tinggi daripada segmen kereta mewah dan peningkatan sumbangan daripada Pagoh Education Hub."
Presiden and Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Tan Sri Datuk Seri Bakke Salleh