awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prestasi ringgit akan dijawab Gabenor BNM - PM

Sinar Harian
Sinar Harian
20/02/2024
08:40 MYT
Prestasi ringgit akan dijawab Gabenor BNM - PM
Anwar berucap semasa merasmikan Persidangan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF) ke-15, pada Selasa. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Segala persoalan mengenai prestasi ringgit akan dijawab oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, Abdul Rasheed sudah berjanji untuk menjelaskan mengenai perkara itu.
"(Mengenai prestasi) ringgit, gabenor (Abdul Rasheed) ada di sini. Dia dah janji nak jawab," katanya ringkas ketika menjawab pertanyaan media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF) ke-15, di sini pada Selasa.
Terdahulu mata wang tempatan merekodkan prestasi lemah setakat 9 pagi Selasa dengan ringgit berkurangan kepada 4.787/7930 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.785/7890 semasa ditutup pada Isnin.
Kali terakhir paras ringgit terendah dicatatkan pada 1998 apabila krisis kewangan Asia menjejaskan mata wang serantau dengan RM4.885 setiap dolar AS. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#prestasi ringgit
#Gabenor Bank Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan