awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
Roy Azman masih dirawat di hospital, pembedahan ditangguh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prestasi ringgit, mata wang serantau terus didorong faktor luaran - Ahmad Maslan

Bernama
Bernama
23/10/2023
05:35 MYT
Prestasi ringgit, mata wang serantau terus didorong faktor luaran - Ahmad Maslan
Faktor lain yang turut mendorong penurunan nilai ringgit pada tahun ini adalah jangkaan bahawa Kadar Dana Persekutuan (FFR) Amerika Syarikat (AS) akan kekal lebih tinggi untuk tempoh yang lebih lama. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Faktor di peringkat luaran terus mendorong perkembangan membabitkan prestasi ringgit dan mata wang serantau, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata faktor lain yang turut mendorong penurunan nilai ringgit pada tahun ini adalah jangkaan bahawa Kadar Dana Persekutuan (FFR) Amerika Syarikat (AS) akan kekal lebih tinggi untuk tempoh yang lebih lama.
"(Ini berlaku walaupun) dalam keadaan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) sedang berusaha mengawal inflasi pada kadar 3.7 peratus, biarpun mereka sudah menaikkan FFR kepada 5.5 peratus. Kadar dasar semalaman (OPR) Malaysia pada 3.0 peratus.
"Terpulang kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk melaksanakan langkah seterusnya berkaitan OPR, tetapi kadar inflasi kita daripada 2.0 peratus makin turun kepada 1.9 peratus...oleh itu untuk menaikkan OPR sudah tidak lagi relevan," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan daripada Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau-PH) mengenai langkah kerajaan dan BNM untuk mengekang kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar AS selain menaikkan OPR.
Menjelaskan selanjutnya, Ahmad berkata faktor lain yang turut menyebabkan penurunan nilai ringgit adalah prestasi ekonomi China yang lebih lemah daripada jangkaan dan pelonggaran dasar monetari oleh bank pusat negara itu, People's Bank of China yang menjejaskan sentimen pelabur terutama di rantau Asean.
"Kebimbangan ketara terkini adalah mengenai kemungkinan ketegangan geopolitik di Timur Tengah semakin meruncing dan telah menjadikan dolar AS kian mengukuh," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#ringgit
#Dewan Rakyat
#faktor luaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan