BEBERAPA bulan lalu kami laporkan Apple membangunkan sistem yang membolehkan perisian iPhone dikemas kini di Apple Store tanpa ia perlu dikeluarkan dari dalam kotak.

Menurut laporan Bloomberg, sistem yang diberikan nama Presto ini akan digunakan bermula bulan depan di Apple Store yang terletak di Amerika Syarikat.

Peranti dikemas kini secara nirwayar dengan meletakkannya di atas mesin Presto. Ia akan dihidupkan, dikemas kini sebelum dimatikan semula tanpa kotak perlu dibuka.

Antara isu yang berlaku sejak akhir-akhir ini ialah iPhone perlu dikemas kini terlebih dahulu oleh pembeli sebelum boleh digunakan.

Ini melambatkan proses memindahkan daripada iPhone lama ke iPhone yang baru dibeli.

Menerusi Presto, isu ini tidak akan berlaku lagi. -Amanz