KUALA LUMPUR:Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dijadualkan bermula minggu depan akan dapat mengukuhkan keyakinan dalam sektor perniagaan dan pelaburan negara, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Ketua Setiausaha MITI, Datuk Lokman Hakim Ali menzahirkan keyakinan program vaksinasi secara menyeluruh di peringkat kebangsaan itu akan memberi impak positif kepada operasi perniagaan komuniti dan industri di Malaysia.
"Program ini dijangka membantu mempercepatkan lagi pembukaan dan pemulihan aktiviti ekonomi secara menyeluruh.
"Ini secara langsung akan meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan global," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Pada Selasa, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan bermula pada 26 Feb, 2021, sejurus selepas penghantaran pertama vaksin yang dijadualkan tiba pada 21 Feb.
Program imunisasi ini akan dijalankan menerusi tiga fasa dengan fasa pertama bermula pada 26 Feb hingga April 2021; fasa kedua mulai April hingga Ogos 2021 manakala fasa ketiga dari Mei 2021 hingga Februari 2022.
Pada 11 Jan lepas, Malaysia melalui Kementerian Kesihatan (KKM) telah menandatangani perjanjian bersama Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd untuk penghantaran fasa pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech BNT1262b.
Perjanjian tersebut melibatkan perolehan vaksin sebanyak 12,799,800 dos yang meliputi 20 peratus populasi Malaysia dengan pemberian dua dos kepada setiap orang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 17 2021

Program vaksinasi secara menyeluruh itu akan memberi impak positif kepada operasi perniagaan komuniti dan industri di Malaysia. - Gambar hiasan/ pixabay.com

Waspada helah, penipuan perbankan internet - MCMC
MCMC mengesan beberapa helah dan modus operandi yang digunakan 'scammer' seperti penghantaran pesanan ringkas secara rambang kepada pengguna yang menyerupai pesanan bank.

Jenayah | Lelaki didakwa sebabkan kematian anggota polis
Seorang penjual kuih dihadapkan ke Mahkamah Majistret George Town hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang anggota polis dalam kemalangan di Jalan Utama, George Town pada 17 April lalu. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap.

COVID-19 | Nasihat perjalanan CDC AS bukan perkara luar biasa
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, CDC AS pada masa yang sama juga mengeluarkan nasihat yang sama untuk kebanyakan negara Eropah dan Canada.

Mahkamah | Pengganggur didakwa pukul penghantar makanan
Seorang pengganggur didakwa di Mahkamah Majistret George Town, Pulau Pinang hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang penghantar makanan dengan penukul besi, Selasa lalu. Bagaimanapun, tertuduh Muhammad Aslam Hashim, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap pagi tadi.

Tumpuan AWANI 7:45 - Kritikal menjelang Aidilfitri | Virus Demam Babi Afrika
Tindakan tegas akan dikenakan terhadap peniaga yang menaikkan harga sesuka hati dan gagal patuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan. Virus Demam Babi Afrika (ASF) terus menular di Sabah, Nabawan jadi daerah kesepuluh terkesan. Perinciannya dalam AWANI 7:45 malam ini.

8 kematian baharu akibat COVID-19, ini 5 tumpuan kenyataan media KKM
Berikut lima tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

'Fill and finish' vaksin Sinovac di Malaysia diluluskan
Kelulusan ini dijangka meningkatkan bekalan vaksin negara yang sebelum ini bergantung kepada produk vaksin siap yang diimport.

COVID-19: Malaysia catat 2,847 kes baharu, Selangor tertinggi
Jangkitan baharu itu melibatkan 2,843 kes penularan tempatan dan empat kes import.

Dr Afifi al-Akiti rakyat Malaysia pertama terima vaksin di Oxford
Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Datuk Dr Afifi al-Akiti menjadi rakyat Malaysia pertama menerima suntikan vaksin di Oxford, United Kingdom.

Dr Afifi al-Akiti rakyat Malaysia pertama terima vaksin di Oxford
Dr Afifi disuntik dengan dos pertama vaksin ketika menjalani ibadah puasa.

Misi perdagangan ke Korea Selatan, Jepun jana potensi pelaburan RM16.05 bilion - MITI
Syarikat-syarikat di Korea Selatan telah komited untuk melabur sejumlah RM7.3 bilion di Malaysia dalam masa terdekat.

Ku Li dakwa beliau pilihan terbaik untuk jawatan PM
-Saya mungkin mendapat sokongan ahli pembangkang, tetapi bukan UMNO,- kata Ku Li.

Masih terlalu awal untuk menilai keberkesanan RCEP - Azmin
Masih terlalu awal untuk menilai keberkesanan RCEP dengan menyatakan bahawa ia tidak akan memberi kebaikan kepada Malaysia.

Dasar bekerja dari rumah masih terpakai - Ismail Sabri
Kehadiran pegawai di kawasan PKPB adalah pada tahap 30 peratus, manakala bagi kawasan PKPP pada tahap optimum dan boleh beroperasi sepenuhnya.

Kerajaan benarkan pelancongan negeri PKPP ke PKPP - Ismail
Kerajaan membenarkan pergerakan pelancongan dari negeri Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ke PKPP lain berkuat kuasa esok, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Arahan bekerja dari rumah masih kekal - Ismail Sabri
Arahan bekerja dari rumah masih berkuat kuasa walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri kini dilonggarkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

IAMM: ASEAN teliti usaha pemulihan COVID-19
Menteri Ekonomi ASEAN telah berikrar untuk bekerja secara intensif dalam meneroka semua cara bagi mengukuhkan dan meluaskan integrasi serantau.

Malaysia catat RM164 bilion pelaburan walaupun ketika dilanda pandemik - MIDA
Sektor perkilangan mendahului dengan peningkatan 10.3 peratus dalam pelaburan yang diluluskan.

Program Imunisasi COVID-19 bakal tingkat pelaburan - Pakar ekonomi
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan meningkatkan pelaburan sekali gus menjadikan pengguna berbelanja lebih dalam pasaran negara.

Program Imunisasi Kebangsaan perkukuh sektor perniagaan, pelaburan negara - MITI
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dijadualkan bermula minggu depan akan dapat mengukuhkan keyakinan dalam sektor perniagaan dan pelaburan negara.