Moody's Investors Service menyifatkan prospek penarafan Malaysia kekal positif sebagaimana yang pernah dinyatakannya pada Januari lepas berikutan aliran pengukuhan fiskal negara ini yang masih utuh.
Menurut Naib Presiden/Penganalisis Kanan Kumpulan Risiko Negara firma penarafan itu, Christian de Guzman, penarafan 'A3' Malaysia beserta unjuran positif itu dibuat berdasarkan kemajuan aspek pengukuhan fiskal serta bersandarkan langkah kerajaan melaksanakan semakan semula bajet yang turut melihatkan mekanisme penyelarasan harga minyak.
"Kami melihat pengukuhan defisit itu kekal utuh potongan perbelanjaan bagi yang melibatkan pengurangan subsidi bahan api," katanya pada sesi rundingan meja bulat di sini, hari ini.
Namun, kata De Guzman, biarpun menerima penarafan stabil untuk tempoh melebihi 10 tahun ketika ini, Malaysia ternyata kehilangan asasnya berbanding negara-negara ASEAN lain kian berkembang dan mencatat kemajuan baru-baru ini.
Beliau merujuk Indonesia yang diberi penarafan rendah 'B3' manakala Filipina 'B1' pada pertengahan 2009 berikutan krisis kewangan Asia, namun kini kedua-duanya mencapai gred pelaburan stabil 'Baa3' dan 'Baa2.'
"Malaysia juga tidak terkecuali berdepan impak masalah ekonomi global semasa seperti kelembapan ekonomi China, penangguhan kenaikan kadar faedah oleh pihak Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dan harga komoditi yang rendah," katanya.
Malah, unjuran pertumbuhan yang lemah bagi kebanyakan pasaran negara pesat membangun akibat faktor kelembapan ekonomi China, penurunan harga komoditi dan aliran pergerakan modal, jelas ketara menerusi rizab Malaysia yang rendah serta penyusutan nilai ringgit yang memberi kesan terhadap keyakinan ekonomi, katanya.
Menurutnya, kelemahan mata wang dan jumlah rizab yang rendah terbukti menjadi antara perkara yang menjejaskan profil penarafan kredit negara.
Sebaliknya bagi Malaysia, biarpun rizab yang rendah tidak sekukuh sebelum ini, ia ternyata masih memadai.
Mengulas penyusutan ringgit, de Guzman berkata, ia memberi kesan kecil terhadap penarafan profil kredit Malaysia berbanding kesan dialami negara lain.
"Antara alasannya adalah profil hutang kerajaan dalam denominasi ringgit manakala sebahagian besar hutang luar negara juga dalam ringgit," katanya.
Beliau berkata, prospek masa depan Malaysia adalah positif dan masih bersandarkan aspek pengukuhan fiskal serta sama ada kerajaan sanggup merasionalisasikan perbelanjaan daripada terus memberi tekanan terhadap pendapatannya.
Mengenai kesan risiko politik, beliau mengakui impaknya tidak boleh dinafikan daripada risiko luaran seperti pelabur asing, tetapi kesannya adalah berasingan daripada risiko dasar.
"Walaupun berdepan masalah, Malaysia terus kekal sebagai negara paling pesat membangun dalam rantau ini biarpun pertumbuhannya kini perlahan," katanya.
Bernama
Thu Aug 27 2015
Kelemahan mata wang dan jumlah rizab yang rendah terbukti menjadi antara perkara yang menjejaskan profil penarafan kredit negara. - Gambar Fail
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
Moody's jangka pertumbuhan KDNK Malaysia 4.4 peratus tahun ini
Moody's Investors Service menjangkakan Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 4.4 peratus tahun ini.
Prospek masa depan Malaysia kekal positif, kata Moody's
Moody's Investors Service menyifatkan prospek penarafan Malaysia kekal positif sebagaimana yang pernah dinyatakannya pada Januari lepas berikutan aliran pengukuhan fiskal negara ini yang masih utuh.