Skip to main content

Sukan

UCL: Kai Havertz muncul wira Arsenal atasi Sporting

Arsenal's Kai Havertz celebrates after scoring his sides first goal during the Champions League quarterfinals, first leg, soccer match between Sporting CP and Arsenal, in Lisbon, Tuesday, April 7, 2026. (AP Photo/Armando Franca) Provided by: AP Portugal Champions League Soccer Photo Metadata ID	26097753429692 Submission Date	Apr 7, 2026 20:55 (GMT) Creation Date	Apr 7, 2026 20:51 (GMT) Photographer	Armando Franca Source	AP Copyright	Copyright 2026 The Associated Press. All rights reserved Credit	ASSOCIATED
Kai Havertz meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama ketika perlawanan UCL antara Sporting Lisbon dan Arsenal, di Lisbon, 7 Apr 2026. (Foto AP)

KAI Havertz yang masuk sebagai pemain gantian muncul wira Arsenal selepas jaringan tunggalnya menewaskan Sporting Lisbon 1-0 dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.

Babak pertama berlangsung sengit apabila percubaan Maxi Araujo serta Noni Madueke sekadar terkena palang di Jose Alvalade selain beberapa siri serangan lain berjaya dinafikan kedua-dua penjaga gol pasukan.

Advertisement

Malah, jaringan yang dinoktahkan Martin Zubimendi pada minit ke-62 turut dibatalkan selepas pengadil mendapati Viktor Gyokeres terlebih dahulu berada dalam posisi ofsaid.

Begitupun, kebuntuan itu dipecahkan oleh jaringan Havertz pada minit kecederaan.

Dia yang masuk menggantikan Martin Odegaard pada minit ke-70 itu menolak masuk bola hantaran Gabriel Martinelli untuk membawa bekalan tipis dalam aksi timbal balik di London nanti.

 

Must Watch Video