KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd menerusi anak syarikatnya Proton Capital Bhd telah berjaya memuktamadkan terbitan bahagian kedua Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) bernilai RM700 juta di bawah program Sukuk Wakalahnya.
Dalam satu kenyataan, syarikat pengeluar kereta nasional itu berkata IMTN berkenaan telah terlebih langganan hampir empat kali ganda.
Program Sukuk Wakalah Proton terdiri daripada Kertas Komersial Islam (ICP) yang bernilai RM1.0 bilion dalam nilai nominal bersama IMTN yang bernilai RM4.0 bilion dalam nilai nominal yang mempunyai had gabungan sehingga RM4.0 bilion nilai nominal berdasarkan prinsip Syariah Wakalah Bi Al-Istithmar.
Bahagian kedua untuk IMTN yang bernilai RM700 juta adalah susulan daripada bahagian pertama IMTN bernilai RM500 juta yang telah dilengkapkan pada bulan Disember tahun lepas.
Ketua Pegawai Kewangan Proton Wang Huaibing berkata dana yang diperoleh akan membantu membiayai rancangan pembangunan masa depan syarikat serta keperluan modal operasi.
"Kami berazam untuk melaksanakan strategi pertumbuhan syarikat dan pada tahun-tahun akan datang terdapat beberapa perkembangan menarik dalam rancangan kami. Ini termasuk pelancaran produk baharu, menembusi lebih banyak pasaran eksport dan memasuki segmen kenderaan tenaga baharu," katanya dalam kenyataan itu.
Beliau yakin dengan jumlah dana sebanyak RM4 bilion, masih terdapat banyak peluang untuk lebih ramai pelabur menyertainya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 13 2022

Ketua Pegawai Kewangan Proton Wang Huaibing berkata dana yang diperoleh akan membantu membiayai rancangan pembangunan masa depan syarikat serta keperluan modal operasi. - proton.com

Nasib Orang Utan terkurung di sebalik sangkar
Ada dalam kalangan Orang Utan ini yang menjadi haiwan sarkas dan kurang upaya akibat aktiviti pemburuan haram.

Pertumbuhan global jangka pendek diramal lemah
Ketua Pengarah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata ketidaktentuan sangat tinggi dan boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi global. Tahun 2023 kekal menjadi tahun yang mencabar untuk semua.

Impak positif melebihi negatif
Sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) dijangka dilakukan secara berperingkat namun tidak akan mengambil masa yang terlalu lama.

Pembangunan infrastruktur, perdagangan digital antara fokus
Pembangunan infrastruktur adalah kunci kepada jalinan perdagangan kedua-dua negara.

Konvensyen Nasional wujudkan keserasian gabungan - TPM
Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei di WTC Kuala Lumpur mampu meningkatkan keserasian kepimpinan parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan.

Nasib Ramasamy belum diputuskan
Nasib Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy sama ada akan digugurkan atau sebaliknya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) belum diputuskan kerana senarai calon yang akan mewakili Pakatan Harapan (PH) belum diputuskan.

Lantikan Asyraf Wajdi berdasarkan pengalaman dan kepakaran
Pelantikan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi MARA dibuat atas pengalaman dan kepakaran beliau dalam perbankan Islam.

Majlis iftar rai Anwar di Kemboja
Lawatan rasmi sehari di Kemboja, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka diraikan dalam majlis iftar di negara itu. Jelas Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul kadir, majlis itu turut akan dihadiri kira-kira lima ribu tetamu.

Skuad Harimau Malaya B-22 juarai Merlion Cup 2023
Skuad Harimau Malaya B-22 menjuarai Merlion Cup 2023 selepas menewaskan Hong Kong B-22 2-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam Ahad.

Pembangkang kemuka usul di Dewan Rakyat
Pembangkang akan mengemukakan usul berhubung dakwaan kegagalan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi di Dewan Rakyat. Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kegagalan yang didakwa tersebut merupakan satu tamparan hebat ke atas Malaysia.

Proton lancar rangkaian stamping baharu di kilang Tanjung Malim
Proton Holdings Bhd (Proton) melancarkan rangkaian stamping baharu bernilai RM140 juta di kilangnya di Tanjung Malim, Perak.

Perak tubuh jawatankuasa khas kaji pembangunan sekitar Proton City
Perak menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji keperluan pembangunan sekitar kawasan Proton City menjelang tahun 2027.

Parlimen: Proton penuhi kriteria diberikan status kereta nasional - Liew Chin Tong
Ketetapan itu diambil di bawah Dasar Automotif Nasional 2020 (NAP 2020) dengan kriteria-kriteria yang ditetapkan sebagai Projek Kereta Nasional boleh dijadikan panduan mengenai status tersebut.

Warga emas ditemukan maut dalam kereta selepas banjir surut
Anak mangsa mendakwa dihubungi rakannya yang memaklumkan kereta Proton Iswara mangsa dijumpai dalam ladang itu dengan mangsa di dalamnya.

MITI, Proton, Perodua bincang percepat pengeluaran kereta EV nasional, mampu milik
MITI sedang berbincang dengan Proton dan Perodua untuk mempercepatkan pengeluaran kenderaan elektrik nasional dan menawarkan pilihan kenderaan elektrik (EV) mampu milik.

DRB-Hicom kembali pulih, catat keuntungan bersih RM187.71 juta
Hasil untuk tahun kewangan 2022 meningkat 25.3 peratus kepada RM15.51 bilion daripada RM12.38 bilion sebelumnya.

Belanjawan 2023: Proton harap persekitaran kondusif buat pembangunan EV
Ia termasuk usaha menarik minat pengguna untuk beralih kepada EV selain memperkenalkan dasar-dasar mesra pelabur.

Jualan Proton meningkat 162 peratus tahun ke tahun pada Januari 2023
Jualan Proton Holdings Bhd meningkat sebanyak 162.3 peratus tahun ke tahun dengan 11,681 unit kenderaan dijual pada Januari 2023 sekali gus mencatatkan jualan Januari yang terbaik sejak 2013.

Tujuh ditahan kes curi kenderaan, pecah rumah
Tangkapan suspek berusia di antara 26 dan 58 tahun itu dilakukan dalam serbuan di Kampung Machang Limbat dan Kampung Berhala Lima, Pasir Tumboh.

Dua cedera kereta rempuh pagar tabika
Terdapat kira-kira 15 kanak-kanak sedang mengikuti sesi pembelajaran di tabika berkenaan.