KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merekodkan sebanyak RM3.01 bilion jumlah deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi 2021, meningkat sebanyak RM1.02 bilion atau 50.95 peratus berbanding RM1.99 bilion pada 2020.
Pengerusi PTPTN Datuk Wan Saiful Wan Jan dalam kenyataan hari ini berkata pencapaian berkenaan adalah suatu yang membanggakan dan telah memecah rekod pencapaian perbadanan itu untuk tiga tahun sebelumnya dengan RM1.14 bilion direkodkan pada 2018 dan RM1.37 bilion pada 2019.
"Jumlah keseluruhan deposit SSPN terkumpul sehingga 31 Dis 2021 ialah RM10.88 bilion manakala terimaan deposit berjumlah RM3.01 bilion bagi tahun 2021, merupakan 167.08 peratus berbanding sasaran 2021 sebanyak RM1.8 bilion.
"Terimaan ini juga merupakan 27.63 peratus daripada keseluruhan deposit yang diterima sejak SSPN diperkenalkan pada 2004," katanya.
Beliau berkata bagi prestasi pembukaan akaun baharu SSPN, sebanyak 421,281 akaun telah dibuka pada tahun lepas melepasi sasaran tahunan sebanyak 400,000 akaun dan sehingga 31 Dis lepas, sebanyak 5.24 juta akaun telah dibuka.
Wan Saiful berkata bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan, PTPTN turut menyediakan tambahan kemudahan saluran bayaran balik dan simpanan secara dalam talian melalui kerjasama strategik bersama pihak lain seperti ShopeePay, BESTPay, KiplePay, KelantanPay, PayHalal, AnsaraPay dan SpayGlobal.
Selain itu, saluran bayaran melalui perbankan internet seperti JomPay dan bank-bank terpilih serta perkhidmatan e-Pay turut disediakan di terminal lokasi terpilih.
"Selaras dengan Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 yang turut menumpukan kepada usaha pendigitalan PTPTN, inisiatif yang dilaksanakan ini adalah sebagai langkah awal PTPTN ke arah tersebut.
"Dari semasa ke semasa, PTPTN sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan seiring dengan norma baharu dan perkembangan dunia digital. Sudah tentu usaha ini tidak akan terhenti di sini dan kita akan terus mengembangkan idea meneroka transformasi pendigitalan secara komprehensif," katanya.
Bagi 2021, Wan Saiful berkata PTPTN telah berjaya membantu seramai 140,977 pelajar yang ditawar melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melalui pinjaman pendidikan yang diluluskan berjumlah RM3.51 bilion.
Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 70,412 pelajar atau 49.95 peratus adalah dari golongan B40 dan kurang berkemampuan, melibatkan jumlah pinjaman sebanyak RM1.95 bilion manakala jumlah bayaran balik pinjaman yang diterima pada tahun lepas adalah sebanyak RM2.36 bilion, meningkat sebanyak RM1.01 bilion atau 74.53 peratus berbanding RM1.35 bilion, pada 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 31 2022

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merekodkan sebanyak RM3.01 bilion jumlah deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi 2021. - Gambar fail

Ibu tunggal syukur terima bantuan rumah baharu
Menjunjung kasih Pemangku Raja Pahang yang sentiasa prihatin dengan nasib rakyat jelata.

KKN Sabah bangunkan sistem, cegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan
Kerajaan Negeri Sabah menerusi KKN akan mewujudkan Integrated System secara atas talian antara KKN dan MPOB bagi mencegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan oleh syarikat di negeri itu.

Politik | Najib nafi minta Anwar gugurkan kes mahkamah
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau pernah meminta ketua pembangkang itu untuk menggugurkan kes mahkamah sekiranya mahu disokong sebagai perdana menteri. Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau tidak pernah meminta mana-mana individu untuk mengugurkan kesnya di mahkamah melalui pengaruh politik.

Ibadah Korban | JAWI umum ketetapan baharu
Kesemua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibenar untuk melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha yang akan disambut pada 10 Julai bersamaan 10 Zulhijjah, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail.

Bantuan | Bagaimana mahu bantu rakyat ketika inflasi?
BBerlaku perubahan pekerjaan dalam kalangan belia untuk berniaga dan bekerja dalam dalam perkhidmatan e-hailing, kata Felo Penyelidik Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Fauzi Fadzil. Beliau menyifatkan ia merupakan sesuatu perkara yang membimbangkan dan seterusnya perlu ditangani dengan segera.

Pemilihan PKR: Hans Isaac pecah tradisi, menang Ketua Cabang Ampang
Hans Isaac memperolehi 748 undi sementara Altimet memperoleh 746 undi.

"Moga Allah gantikan segala kesakitan, kepedihan"- Doa Neelofa buat Puteri Sarah
Neelofa sudah lama tahu masalah rumah tangga Puteri Sarah, Syamsul.
![[TERKINI] 1.6 juta penjawat awam bakal bermanfaat skim ansuran kenderaan [TERKINI] 1.6 juta penjawat awam bakal bermanfaat skim ansuran kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976095/thumbnails/11644311721656649310051_640x360.jpg)
[TERKINI] 1.6 juta penjawat awam bakal bermanfaat skim ansuran kenderaan
Kira-kira 1.6 juta penjawat awam bakal berpeluang membeli atau memperbaharui insurans kenderaan mereka secara ansuran tanpa sebarang faedah menerusi Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia MyEzyCover.com. Perincian lanjut bersama Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah di Putrajaya.

Fernandinho ucap selamat tinggalkan kepada Man City
Paranaense mengesahkan Isnin lalu bahawa perjanjian telah disediakan untuk menandatangani semula Fernandinho.

AWANI Ringkas: Peranan media sampaikan berita sebenar

PTPTN lancar Pelan Antirasuah Organisasi 2022-2024
Pelan antirasuah tersebut menampilkan lima objektif strategik dan 12 pelan tindakan secara keseluruhan.

PTPTN anjur program FLICK, persiap kebolehpasaran graduan
Ia bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu pengurusan kewangan dan membantu pelajar membuat persediaan awal sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

RM1.9 bilion bayaran balik pinjaman diterima berakhir 30 Apr lalu - PTPTN
Jumlah itu merupakan bayaran oleh peminjam yang menikmati insentif diskaun bayaran balik pinjaman berjumlah RM206.89 juta.

Kerajaan diminta percepat kelulusan pelaburan PTPTN - Wan Saiful
Sekiranya kelulusan lambat diberikan, PTPTN mungkin terpaksa menerima tawaran pulangan lebih rendah.

Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN tawar hadiah hampir RM1 juta
Pendeposit hanya perlu membuat simpanan bersih serendah RM50 dalam tempoh promosi untuk melayakkan mendapat cabutan.

Aplikasi myPTPTN: Tawar kemudahan dalam satu sistem kepada pelanggan
Ia bakal memanfaatkan lebih 3.63 juta peminjam dan 5.28 juta pendeposit Simpan SSPN dengan pelbagai kelebihan ditawarkan.

PTPTN lancar aplikasi mudah alih myPTPTN
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini melancarkan aplikasi mudah alih myPTPTN .

Hampir 80,000 dapat pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN
PTPTN menyediakan pengecualian bayaran balik pinjaman kepada para peminjam bagi kategori keluarga B40 dan M40, yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.

PTPTN umum dividen tiga peratus Simpan SSPN
Ia melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM206.25 juta yang memberi manfaat kepada lebih 5.24 juta pendeposit Simpan SSPN.

Kempen Click, Pay and Earn 2022 mudahkan peminjam PTPTN bayar balik pinjaman
Kempen itu adalah kerjasama kedua dengan Shopee, BESTPay dan SpayGlobal (SarawakPay) sejak 2021.