Trump tarik balik jemputan kepada PM Kanada, Mark Carney sertai ‘Lembaga Keamanan’

Presiden Trump menarik semula jemputan yang diberikan kepada Perdana Menteri Carney, untuk menyertai badan baharu yang digelarnya sebagai “Lembaga Keamanan.”
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Khamis (23 Jan) menarik semula jemputan yang diberikan kepada Perdana Menteri Kanada, Mark Carney, untuk menyertai badan baharu yang digelarnya sebagai “Lembaga Keamanan.”
Trump memaklumkan pembatalan itu menerusi platform Truth Social miliknya.
“Surat ini adalah pemberitahuan rasmi bahawa Lembaga Keamanan menarik balik jemputan kepada anda berhubung penyertaan Kanada,” tulis Trump dalam kenyataannya.
Tindakan itu dibuat selepas Carney mencuri perhatian antarabangsa minggu ini susulan kenyataannya mengenai wujudnya satu “keretakan” dalam struktur global yang diterajui Amerika Syarikat.
Kerajaan Kanada turut menegaskan, mereka tidak akan membayar untuk menyertai badan yang diwujudkan Trump itu, yang digambarkan oleh Presiden AS sebagai platform baharu bagi menyelesaikan konflik global.
Carney sebelum ini menegaskan bahawa Kanada “tidak hidup kerana Amerika Syarikat” dan menekankan kedaulatan negaranya dalam membentuk haluan diplomatik sendiri. - Agensi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


