KUALA LUMPUR: Public Bank Berhad telah melancarkan penyelesaian pembayaran terjamin baharu secara dalam talian, yang dipanggil DuitNow Online Banking/Wallets untuk terus menyokong keperluan yang semakin meningkat dalam ekonomi tanpa tunai.
DuitNow Online Banking/Wallets yang dilancarkan bulan lepas itu menyokong para saudagar e-dagang dan m-dagang dalam memudahkan penerimaan bayaran masa nyata melalui perbankan dalam talian e-Dompet melalui arahan semula yang mudah. Ini merupakan langkah ke hadapan dan mempertingkatkan perkhidmatan pembayaran sedia ada untuk pelanggan.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Tay Ah Lek berkata Public Bank sentiasa mendahulukan pelanggannya dan masyarakat dalam apa jua yang dilakukannya.
“Menyediakan perkhidmatan terbaharu ini yang selaras dengan kehendak pelanggan demi kemudahan dan keselamatan, Public Bank juga memberi keutamaan pada usaha Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dengan menyediakan kaedah pembayaran yang mudah selain membolehkan saudagar dalam talian untuk mudah menerima bayaran dalam masa nyata melalui penyelesaian pembayaran baharu, efektif kos dan secara dalam talian dengan selamat,” kata Tan Sri Tay.
Dengan pendebitan masa nyata melalui akaun DuitNow Online Banking/Wallets pembayar dan pengkreditan terus dalam akaun saudagar yang diselenggara oleh bank-bank, ia direka bagi memenuhi keperluan dan manfaat perniagaan kecil dan besar.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, Peter Schiesser berkata, “Pembayaran yang dibuat menggunakan perbankan internet/mudah alih telah menyaksikan peningkatan yang mendadak sejak dua tahun lepas. Justeru, DuitNow Online Banking/Wallets direka untuk mempertingkatkan lagi pengalaman pengguna melalui proses pembayaran yang mudah menggunakan aplikasi mudah alih.”
DuitNow Online Banking/Wallets ini kendalikan oleh PayNet (Payments Network Malaysia Sdn. Bhd.), rangkaian pembayaran kebangsaan dan perkongsian infrastuktur berpusat untuk pasaran kewangan Malaysia. Perkhidmatan baharu ini akan melanjutkan ekosistem DuitNow PayNet untuk merangkumi dompet digital lain selain mengekalkan keserasiannya dengan institusi kewangan yang mengambil bahagian.
Para peniaga boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkhidmatan DuitNow Online Banking/Wallets ini dengan mengunjungi cawangan Public Bank Berhad yang berhampiran untuk bantuan atau e-mel kepada [email protected].
Kenyataan Media
Mon Feb 28 2022
Public Bank sentiasa mendahulukan pelanggannya dan masyarakat dalam apa jua yang dilakukannya.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Public Bank cadang ambil alih 44.5 peratus pegangan dalam LPI Capital bernilai RM1.72 bilion
Berikutan itu, Public Bank diwajibkan memberi MGO bagi kepentingan ekuiti selebihnya dalam LPI yang belum lagi dimiliki oleh bank itu.
Keluarga Teh Hong Piow kurangkan pegangan dalam Public Bank kepada 10 peratus
Pengurangan ini akan dilaksanakan melalui tawaran terhad bagi jualan (ROFS) saham Public Bank yang dipegang.
Public Bank cadang ambil alih 44.15% saham LPI Capital bernilai RM1.72 bilion
Public Bank Berhad menandatangani perjanjian jual beli bersyarat bagi mengambilalih 44.15% saham dalam kepentingan ekuiti LPI Capital Bhd dengan pertimbangan tunai sebanyak RM1.72 bilion.
Keuntungan bersih Public Bank naik kepada RM6.65 bln bagi tahun kewangan 2023
Keuntungan Public Bank bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 meningkat kepada RM6.65 bilion daripada RM6.12 bilion setahun lalu.
Public Bank sedia kemudahan pembiayaan untuk pengedar sah Perodua
Kerjasama itu sejajar dengan kedudukan Perodua sebagai pengeluar kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama di Malaysia.
Untung bersih Public Bank naik kepada RM6.12 bilion pada tahun kewangan 2022
Perolehan pada tahun kewangan 2022 naik kepada RM21.43 bilion daripada RM19.62 bilion sebelum ini.
Pemergian Teh Hong Piow: PM zahir ucapan takziah, doakan keluarga tabah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergiaan pengasas Public Bank, mendiang Tan Sri Teh Hong Piow pada Isnin.
Pengasas Public Bank, Teh Hong Piow meninggal dunia
Pengasas Public Bank Bhd Tan Sri Teh Hong Piow meninggal dunia pada usia 92 tahun pada 10.20 pagi Isnin.
Public Mutual lantik Chiang Kang Pey sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu
Chiang menyandang jawatan Timbalan CEO pada Oktober 2021 dan sebelum itu, beliau ialah pengurus besar pengurusan portfolio ekuiti.
Public Mutual umum agihan lebih RM103 juta bagi lima dana
Pengagihan kasar yang diumumkan itu bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2022.