awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kotak hitam nahas pesawat yang ragut nyawa jeneral Libya akan dihantar ke Jerman
Lebih banyak tangkapan dalam skandal pertaruhan bola sepak di Turkiye - Laporan
AS percaya normalisasi hubungan Rusia-Eropah boleh dicapai melalui ekonomi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pusat beli-belah eCurve tutup operasi 31 Mac ini?

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
28/02/2021
07:51 MYT
Pusat beli-belah eCurve tutup operasi 31 Mac ini?
Buat masa ini, tiada pengumuman rasmi dibuat pengurusan eCurve berhubung berita tersebut atau sama ada ia berbentuk sementara bagi tujuan penjenamaan semula. - Foto kredit eCurve
KUALA LUMPUR: Pusat beli-belah, eCurve, dilaporkan bakal menamatkan operasinya secara rasmi di Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada penghujung Mac ini.
Menerusi laporan status yang dikongsikan melalui Facebook Malaysia Shopping Mall, eCurve dipercayai bakal menamatkan operasinya pada 31 Mac ini.
Pastinya, berita itu benar-benar menyedihkan khususnya buat mereka yang sering berkunjung ke pusat gaya hidup yang popular dalam kalangan pengunjung yang tinggal di sekitarnya.
Sumber Facebook MYShoppingMalls
Lapor Malaysia Shopping Mall lagi, rata-rata pemilik premis perniagaan di situ telah mendapat notis secara lisan dari pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan namun masih belum ada surat rasmi mengenainya.
Bagaimanapun, memetik laporan KL Foodie yang menghubungi seorang penyewa premis di pusat beli-belah itu, mereka mengesahkan kemungkinan itu.
Dalam perkembangan sama, pusat boling Ampang Surperbowl juga telah mengumumkan di laman Facebooknya tentang penutupan operasinya di situ.
Selain itu, kedai The North Face dan Bratpack juga telah mengumumkan bahawa mereka akan membuat promosi jualan perpindahan di premis mereka di eCurve.
Namun buat masa ini, tiada pengumuman rasmi dibuat pengurusan eCurve berhubung berita tersebut atau sama ada ia berbentuk sementara bagi tujuan penjenamaan semula.
Persoalan itu bakal terjawab selepas pengumuman yang dijangka dibuat oleh pengurusan eCurve mengenai rancangan jangka panjang mereka sedikit masa lagi.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#eCurve
#pusat beli belah
#tutup operasi
#perniagaan
#ekonomi
#The Curve
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan