awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
New York wajibkan amaran kesihatan mental pada platform media sosial
Surat terbuka Najib Razak buat rakyat Malaysia
Zelenskyy jumpa Trump esok untuk bincang usaha tamatkan perang dengan Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kotak hitam nahas pesawat yang ragut nyawa jeneral Libya akan dihantar ke Jerman

Bernama
Bernama
26/12/2025
20:30 MYT
Kotak hitam nahas pesawat yang ragut nyawa jeneral Libya akan dihantar ke Jerman
Pejabat pendakwa raya awam Turkiye turut berjanji untuk menyokong siasatan terhadap nahas itu dan menyediakan semua dokumen serta rakaman kamera. - AP
ISTANBUL: Kotak hitam yang ditemui daripada nahas pesawat di Turkiye yang mengorbankan seorang jeneral Libya bersama beberapa pengiringnya akan dihantar ke Jerman untuk dianalisis, menurut Kementerian Dalam Negeri Libya pada Khamis malam, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Langkah itu bertujuan memastikan satu "analisis teknikal yang tepat," menurut kementerian berkenaan.
Kotak hitam mengandungi perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit, yang lazimnya dianalisis dalam siasatan nahas.
Di Jerman, perakam penerbangan kebanyakannya dianalisis oleh Biro Persekutuan Siasatan Kemalangan Pesawat (BFU) di Braunschweig.
Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Turkiye Abdkulkadir Uraloglu berkata di platform media sosial X bahawa kotak hitam itu akan dianalisis di sebuah "negara berkecuali" selepas siasatan awal, tanpa menamakan negara berkenaan.
Pejabat pendakwa raya awam Turkiye turut berjanji untuk menyokong siasatan terhadap nahas itu dan menyediakan semua dokumen serta rakaman kamera, menurut Kementerian Dalam Negeri Libya di Tripoli.
Menurut kementerian itu lagi, polis jenayah Libya menghantar sampel DNA daripada ahli keluarga mangsa kepada pihak berkuasa Turkiye bagi mengesahkan identiti mereka.
Jet peribadi itu berlepas dari Ankara menuju ke Libya pada Selasa dan terhempas kira-kira 80 kilometer ke selatan.
Kesemua lapan orang yang berada di dalam pesawat maut, menurut pihak berkuasa Turkiye
Antara mangsa ialah Ketua Turus Am Angkatan Tentera Libya Mohammed al-Haddad, yang sedang melakukan lawatan rasmi ke Turkiye bagi pihak kerajaan Tripoli.
Ratusan anggota penyelamat dikerahkan bagi menjalankan operasi mencari dan membawa keluar mangsa selepas nahas berlaku.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kotak hitam
#nahas pesawat
#jeneral libya
#Jerman
#analisis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan