awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Nasib bangsa bila rambut ditarik orang' - Syed Ali
Indonesia, AS capai persetujuan perdagangan, Prabowo dijangka meterai perjanjian dengan Trump Jan ini
Belanja RM25,000 hiasi rumah, salji buatan untuk kongsi kegembiraan sambut Krismas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Qatar Airways lepas pegangan dalam Cathay Pacific, jual saham bernilai AS$897 juta

Agensi
Agensi
05/11/2025
22:30 MYT
Qatar Airways lepas pegangan dalam Cathay Pacific, jual saham bernilai AS$897 juta
Qatar Airways mengumumkan penjualan keseluruhan pegangan sahamnya dalam Cathay Pacific Airways dengan nilai sekitar AS$897 juta, sekali gus menandakan pengunduran sepenuhnya daripada syarikat penerbangan utama Hong Kong itu. - Gambar fail Reuters
HONG KONG: Syarikat penerbangan milik kerajaan Qatar, Qatar Airways mengumumkan penjualan keseluruhan pegangan sahamnya dalam Cathay Pacific Airways dengan nilai sekitar AS$897 juta (HK$6.97 bilion), sekali gus menandakan pengunduran sepenuhnya daripada syarikat penerbangan utama Hong Kong itu.
Cathay Pacific dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan akan membeli semula keseluruhan 9.57 peratus saham yang dimiliki Qatar Airways pada harga HK$10.8374 sesaham - iaitu diskaun kira-kira empat peratus berbanding harga penutupan terakhir saham tersebut.
Qatar Airways mula melabur dalam Cathay pada November 2017, selepas membeli saham daripada Kingboard Chemical Holdings.
Pelaburan itu merupakan langkah pertama Qatar dalam syarikat penerbangan Asia, bertujuan memperluas pengaruh global dan meningkatkan trafik ke hab utamanya di Doha.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Qatar Airways, Engr. Badr Mohammed Al-Meer berkata, keputusan untuk keluar daripada Cathay adalah sebahagian daripada strategi pengurusan portfolio yang berdisiplin, selepas mencatatkan prestasi kewangan yang kukuh.
“Langkah ini membolehkan kami mengoptimumkan pelaburan dan memposisikan kumpulan untuk pertumbuhan jangka panjang,” katanya dalam kenyataan bersama dengan Cathay.
Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Cathay Pacific, Patrick Healy menyifatkan pembelian semula saham itu sebagai bukti keyakinan terhadap masa depan syarikat.
“Kami komited untuk membangunkan hab penerbangan antarabangsa Hong Kong dan telah merancang pelaburan lebih HK$100 bilion dalam tempoh tujuh tahun, meliputi pembaharuan armada, produk kabin dan kemudahan lounge,” katanya.
Kedua-dua syarikat turut menegaskan, mereka akan meneruskan kerjasama melalui keanggotaan dalam oneworld Alliance, walaupun selepas pengunduran Qatar daripada struktur pemilikan Cathay. - Agensi
Topic Berkaitan
#Qatar Airways
#Cathay Pacific
#lepas pegangan saham
#Kingboard Chemical Holdings
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan