Skip to main content

Malaysia

Kerajaan teliti insentif trak EV bagi kurangkan kos subsidi diesel - Loke

KUALA LUMPUR, 14 Mei -- Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengadakan lawatan pada Majlis Perasmian Malaysia Commercial Vehicle Expo (MCVE) 2026 di MINES International Exhibition & Convention Centre (MIECC) hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengadakan lawatan pada Majlis Perasmian Malaysia Commercial Vehicle Expo (MCVE) 2026 di MIECC hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengenal pasti kaedah bagi memberi insentif kepada pengendali pengangkutan menggunakan trak elektrik (EV) yang menjadi sebahagian usaha jangka panjang mengurangkan kos subsidi diesel.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Kementerian Pengangkutan (MOT) akan membentangkan pandangan mengenai perkara itu dalam mesyuarat Pasukan Petugas EV Kebangsaan pada minggu depan bagi menggalakkan perbincangan mengenai insentif penggunaan trak EV.

Ïni adalah sesuatu yang bagi saya adalah wajar, bukan hanya kerana kita perlu mencapai sasaran sifar bersih menjelang 2050, tetapi juga dari segi kecekapan bahan api serta kos kepada kerajaan.

"Lebih baik sebenarnya untuk kerajaan memberi insentif kepada pengendali menggunakan trak EV kerana bil (kos) subsidi diesel kita amat tinggi, terutamanya pada masa ini,” katanya ketika merasmikan acara Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia (MCVE) 2026 di sini, hari ini.

-- BERNAMA

Must Watch Video