Sebagai usahawan, wanita tidak perlu memberi tumpuan kepada jantina mereka sebagai wanita, tetapi apa yang penting dalam perniagaan, kata penaung Persatuan Kebangsaan Usahawan Wanita Malaysia (NAWEM), Tan Sri Rafidah Aziz.
Beliau berkata untuk menjadi usahawan yang baik, mereka perlu memahami profil pasaran, persaingan serta manifestasi menjalankan perniagaan.
"Saya ingin mengatakan bahawa bukan wanita yang lemah tetapi orang yang kebetulannya adalah wanita itu yang lemah. Anda perlu mempunyai ketabahan dan daya tahan untuk berdepan dan menangani cabaran dalam pasaran dan persekitaran operasi.
"Anda mesti bersedia untuk belajar sesuatu yang baharu dan relevan, tidak setakat hanya berpuas hati dengan apa yang anda ketahui sahaja," katanya dalam ucap tama beliau pada Persidangan Inspirasi Wanita dalam Perniagaan 2015 anjuran NAWEM, di sini, hari ini. Ucap tama beliau disampaikan menerusi rakaman video.
Beliau berkata wanita yang berkecimpung dalam perniagaan bersaiz sederhana mempunyai peluang untuk mengeksploitasikan pasaran ASEAN.
Rafidah berkata wanita perlu mengambil peluang itu dengan merentas sempadan untuk menjalin kerjasama perniagaan, usaha sama dan penggabungan dalam sektor yang mempunyai potensi besar di beberapa negara anggota ASEAN.
"Ini adalah perkara yang anda boleh cari sebagai peluang. Pergi ke negara-negara yang belum lagi maju, jadi yang pertama berada di sana, jadi perintis dan kemudian kembangkan pasaran, dan bangunkan segmen pasaran anda sendiri di sana," katanya.
Sementara itu, Rafidah berkata terdapat banyak lagi bahagian yang boleh dieksploitasikan wanita dalam perkhidmatan pendidikan dan perniagaan seperti kesihatan, di mana mereka mempunyai beberapa pandangan.
"Anda tidak perlu pergi kepada wanita juga. Anda boleh pilih sesiapa sahaja dan jalin usaha sama. Lupakan bahawa anda adalah wanita, fikirkan diri anda sebagai seorang ahli perniagaan. Apabila anda pergi ke bank, mereka bukan bercakap pasal anda sebagai seorang wanita tetapi tentang cadangan perniagaan anda," katanya.
Bernama
Sat Oct 03 2015
RAFIDAH: Bukan wanita yang lemah tetapi orang yang kebetulannya adalah wanita itu yang lemah. - Gambar Fail
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila senarai data gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kejatuhan kerajaan Syria merangsang belian mata wang AS itu.