awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Charles III dan Permaisuri Camilla adakan pertemuan tertutup bersama Pope Francis di Vatican

Bernama
Bernama
10/04/2025
06:52 MYT
Raja Charles III dan Permaisuri Camilla adakan pertemuan tertutup bersama Pope Francis di Vatican
Lawatan diraja itu disedari media tempatan apabila konvoi pasangan diraja dilihat keluar meninggalkan Vatican. - Foto AP
ROM: Raja Britain Raja Charles III dan Permaisuri Camilla berkenan mengadakan pertemuan tertutup dengan Ketua Gereja Katolik, Pope Francis di Vatikan pada Rabu bagi menyampaikan ucapan selamat dan mendoakan kesembuhannya, lapor PA Media/dpa.
Pertemuan berlangsung ketika Paus masih dalam proses pemulihan selepas menerima rawatan akibat radang paru-paru.
Lawatan diraja itu disedari media tempatan apabila konvoi pasangan diraja dilihat keluar meninggalkan Vatican.
Pasangan diraja itu kini berada di penghujung lawatan negara selama empat hari ke Itali.
Lawatan rasmi ke Holy See pada asalnya dibatalkan lebih awal bagi memberi ruang kepada pemulihan kesihatan Pope.
Jurucakap Istana Buckingham memaklumkan bahawa Raja Charles dan Permaisuri Camilla menghargai kesempatan bertemu secara peribadi dengan Pope, dan berbesar hati kerana beliau berada dalam keadaan sihat untuk menerima kunjungan itu.
Difahamkan pertemuan itu berlangsung selama kira-kira 20 minit dan mungkin diadakan di kediaman peribadi Pope.
Ia juga bertepatan dengan ulang tahun perkahwinan ke-20 Raja Charles dan Permaisuri Camilla.
Turut hadir bersama dalam lawatan itu ialah Setiausaha Sulit Utama Raja, Clive Alderton dan Timbalan Setiausaha Sulit Permaisuri, Belinda Kim.
Ini merupakan pertemuan kedua antara Charles dan Pope Francis selepas kali terakhir bertemu pada 2019 ketika baginda masih bergelar Putera Wales.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Charles III
#Permaisuri Camilla
#Pope Francis
#Vatican
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan