Penyusutan nilai mata wang ringgit akan menyebabkan rakyat mengelak untuk melancong ke destinasi jauh yang mempunyai nilai mata wang lebih tinggi, kata seorang ejen pelancongan, Khamis.
"Jika ringgit masih lemah, orang akan memilih untuk pergi ke destinasi yang dekat seperti Timur Tengah dan Asia Tenggara, bukannya Eropah.
"Ini kerana di semua destinasi dekat itu, rakyat masih boleh berbelanja tinggi disebabkan kita mendominasi nilai mata wang negara berkenaan," kata Bekas Pengerusi Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Cawangan Johor, Kenny Ngi.
Kenny yang ditemui pada pameran MATTA Johor 2015, berkata, untuk jangka masa panjang, ringgit bagaimanapun harus kembali kepada paras yang memberangsangkan, sebaiknya pada penghujung tahun ini.
"Jika tidak, terdapat kekhuatiran agensi pelancongan di negara ini akan mula mengalami kerugian disebabkan rakyat tidak cenderung melawat ke negara yang mempunyai nilai mata wang tinggi," katanya.
Setakat 9 pagi Khamis, ringgit ditutup rendah pada 3.7640/7670 berbanding dolar Amerika Syarikat, penurunan daripada 3.7550/7580 pada Rabu.
Mata wang tempatan juga diniagakan rendah berbanding mata wang lain. Berbanding dolar Singapura, ringgit turun kepada 2.8014/8039 daripada 2.7981/8026 semalam dan rendah berbanding yen kepada 3.0384/0413 daripada 3.0302/0338, pada Rabu.
Berbanding euro pula, ringgit merosot kepada 4.2176/2213 daripada 4.1925/1966 pada Rabu, tetapi berbanding pound, ringgit naik kepada 5.9084/9146 daripada 5.9092/9155.
Mengenai pameran itu yang bakal diadakan di Danga City Mall bermula 7 hingga 9 Ogos ini, Kenny yang merupakan Pengerusi Penganjur berkata, ia dijangka menarik 15,000 pengunjung dengan jualan mencecah RM14 juta.
Beliau berkata, ia akan melibatkan lima organisasi pelancongan negara, 29 ejen pelancongan dan penggembaraan, empat pengendali hotel dan pusat peranginan dengan 176 gerai.
Bernama
Thu Jun 25 2015
Dalam jangka masa panjang, ringgit harus kembali kepada paras yang memberangsangkan, sebaiknya pada penghujung tahun ini. - Gambar Fail
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
TBQ Amal tarik balik laporan polis anak jagaan dikasari guru sekolah
Pusat Jagaan Tenang Bersama Qadar (TBQ Amal) menarik balik laporan polis berkaitan isu pelajar di bawah jagaannya yang didakwa dikasari guru di sebuah sekolah di Johor Bahru.
Pemasangan sistem rel RTS Link JB-Singapura bermula hujung 2024
Pemasangan sistem rel untuk Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura akan dimulakan menjelang akhir tahun ini.
Terlanggar cermin sisi kereta, penunggang motosikal maut digilis lori
Motosikal yang ditunggang seorang lelaki melalui lorong tengah menghala ke Johor Bahru telah terlanggar cermin sisi sebuah kereta di lorong kanan.
Wanita warga emas rugi lebih RM200,000 terperdaya 'phone scam'
Wanita berusia 64 tahun itu menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai daripada Kementerian Komunikasi.
KPM pantau keadaan susulan pencemaran bau kimia di Johor Bahru
KPM terus memantau keadaan di beberapa sekolah berhampiran dengan kawasan terlibat dalam kejadian pencemaran bau kimia di Johor Bahru.
Geng Bala tumpas, 11 ahli diberkas
Polis percaya berjaya menumpaskan 'Geng Bala' yang aktif dalam kegiatan samun dan pecah rumah dengan penahanan 11 individu.
Sindiket dadah RM1.85 juta tumpas, ibu dan anak, pasangan kekasih ditahan
Ibu dan anak serta pasangan kekasih antara lima ditahan kerana dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah bernilai RM1.85 juta.
Bayi patah kaki disyaki didera: Pengasuh direman tiga hari lagi
Reman terhadap seorang pengasuh dilanjutkan tiga hari lagi bagi membantu siasatan kes bayi perempuan dua bulan yang patah kaki disyaki didera.
Dua lemas dalam kejadian berasingan di Johor Bahru
Lapan anggota dibantu sebuah jentera FRT dan Unit EMRS dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 3.43 petang.
Mahkamah tolak pengakuan salah lelaki abai anak
Hakim menolak pengakuan Roslan yang pada mulanya mengaku bersalah selepas mendapati pengakuan tersebut dibuat secara bersyarat.