KUALA LUMPUR: Rangka Kerja Kebangsaan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri (i-ESG) untuk sektor perkilangan bagi menggalakkan pelaksanaannya, dijangka siap pada 2024, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Menurutnya, rangka kerja hasil kerjasama MITI bersama agensi-agensinya, bermatlamat menggalakkan sektor perkilangan menggunapakai ESG dengan empat komponen utama iaitu piawaian, pembiayaan kewangan dan insentif, pembangunan kapasiti serta mekanisme pasaran (termasuk perdagangan karbon dan harga karbon).
Selain itu, MITI berkata bagi tempoh 2021 hingga September 2022, Malaysia telah mencatat pelaburan diluluskan bernilai RM4.9 bilion dalam projek Teknologi Hijau yang dijangka mewujudkan hampir 1,500 peluang pekerjaan.
"Kebanyakan pelaburan yang diluluskan adalah pelaburan bagi projek penggunaan tenaga boleh baharu (RE) dan diikuti oleh projek bagi penggunaan peralatan cekap tenaga," katanya dalam jawapan bertulis yang dipaparkan di laman sesawang Parlimen hari ini.
Ini bagi menjawab pertanyaan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) mengenai perancangan kerajaan untuk menggalakkan lebih banyak pelaburan berdasarkan pembangunan mampan yang akan mewujudkan kerjaya alaf baharu bagi generasi muda.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 01 2023
Bagi tempoh 2021 hingga September 2022, Malaysia telah mencatat pelaburan diluluskan bernilai RM4.9 bilion dalam projek Teknologi Hijau. - Foto fail
Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penyelidik Kanan IRIS Institute, Asyraf Farique memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
MITI, KUSKOP nilai isu kekurangan penyertaan syarikat bumiputera dalam sektor pembuatan
MITI melalui agensinya bekerjasama dengan KUSKOP dalam menilai isu kekurangan penyertaan syarikat bumiputera terutama dalam sektor pembuatan.
Syarikat Malaysia perlu labur dalam industri semikonduktor, lonjak jejak global
Syarikat-syarikat Malaysia digesa mempertimbang usaha melabur dalam industri semikonduktor.
Perdagangan Malaysia bagi Feb 2024 tumbuh 3.3 peratus, cecah RM211.79 bilion - MITI
Eksport berkurangan secara marginal sebanyak 0.8 peratus kepada RM111.33 bilion manakala import sebaliknya meningkat 8.4 peratus kepada RM100.46 bilion.
Pertemuan PM Anwar, CEO Microsoft pada tarikh baharu
Pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft Satya Nadella, telah dijadual semula pada tarikh baharu.
RM4.5 bilion pelaburan diluluskan, akan dilaksanakan tahun ini - Menteri MITI
Menurut Tengku Zafrul, sesi bersama industri pada hari ini juga berjaya meraih komitmen pelaburan baharu dalam sektor bernilai tinggi.
Projek KIGIP masih di peringkat awal - MITI
Projek Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) masih di peringkat perancangan awal dan fokus akan diberikan kepada proses pengambilalihan tanah daripada Sime Darby Plantation Bhd.
Malaysia perluas hubungan perdagangan: Pastikan pelaksanaan ACFTA, RCEP berjaya
Malaysia berazam untuk memperluas hubungan perdagangan negara dengan memastikan kejayaan pelaksanaan perjanjian ACFTA dan RCEP.
Goodyear beri pampasan, cari peluang pekerjaan untuk pekerja terjejas - Tengku Zafrul
Goodyear sedang bekerjasama dengan syarikat-syarikat lain seperti Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi memastikan 550 pekerja yang terjejas mendapat peluang pekerjaan.
Syarikat-syarikat Australia mohon keizinan pelaburan RM24.5 bilion - PM
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hasrat berkenaan telah dinyatakan kepadanya dalam pertemuan beliau dengan syarikat terbabit pada Selasa.
InvestKL raih FDI tertinggi RM8.7 bilion pada 2023, lonjakan 300 peratus
InvestKL berjaya menarik pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi berjumlah RM8.7 bilion pada 2023 yang merupakan lonjakan sebanyak 300 peratus daripada RM2.79 bilion pada 2022.