TANAH MERAH: Ranhill Utilities Berhad melalui syarikat subsidiarinya, Ranhill Water Services Sdn Bhd (RWS) akan mula menjalankan kerja-kerja penggantian paip air lama Kelantan sepanjang 103.01 kilometer dengan kos RM61.5 juta.
Di bawah pakej 1 yang membabitkan daerah Kota Bharu Timur, Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai, paip air sedia ada dari jenis paip simen asbestos (AC) akan diganti dengan paip polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) dan keluli lembut.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd Nor berkata, penggantian itu bertujuan mengatasi isu bekalan air di negeri itu dengan kawasan terlibat adalah Kota Bharu Timur, Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai.
“Saya berharap pelaksanaan projek ini dapat mengurangkan kadar air tidak terhasil (NRW) dan seterusnya mengurangkan kebocoran paip di kawasan terlibat,” kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Penggantian Paip Lama seluruh Negeri Kelantan Pakej 1 di Surau Taman Indah di sini.
Azami berkata projek itu dilaksanakan berikutan kebanyakan paip di Kelantan merupakan paip AC yang telah berusia dan merupakan satu daripada faktor menyebabkan NRW.
“Kajian telah dibuat oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bagi penukaran paip lama secara berperingkat dan penukaran ini akan melibatkan dua pakej dengan Pakej 2 di Kota Bharu Utara dan Kota Bharu Selatan.
“Kerajaan Kelantan mengambil berat isu bekalan air dan sentiasa berusaha meningkatkan kapasiti bekalan air di seluruh negeri,” katanya.
RWS memenangi kontrak penggantian paip Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) melalui tender terbuka yang kompetitif pada 2019. - DagangNews.com
Dagang News
Wed Aug 10 2022
Mengikut kontrak, paip air sedia ada dari jenis paip simen asbestos (AC) akan diganti dengan paip polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) dan keluli lembut. -Dagang News
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Ranhill kaji semula cadangan pembinaan ladang angin di Kudat
Ranhill mengenal pasti lokasi berpotensi untuk solar di Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Kota Kinabalu.
Ranhill peroleh kontrak RM43 juta dari firma PTTEP Thailand
Dalam pemfailan Bursa Malaysia, Ranhill Utilities berkata surat anugerah itu diterima PRW pada 19 Julai lalu.
Ranhill mulakan kerja ganti paip air lama di Kelantan bernilai RM61.5 juta
Paip air sedia ada dari jenis paip simen asbestos (AC) akan diganti dengan paip polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) dan keluli lembut.
Ranhill raih kontrak RM156.76 juta di Johor
Kontrak bermula serta-merta pada Januari 2022, dan dijangka siap menjelang 31 Disember 2023.
Ranhill catat keuntungan selepas cukai RM18.2 juta suku pertama 2020
Penghasilan pendapatan yang berterusan dilihat sebagai petanda positif untuk syarikat.
Tubuh syarikat air baharu tidak praktikal - Mohamed Khaled
Naib Presiden UMNO, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, cadangan Menteri Besar, Datuk Osman Sapian itu dilihat tidak memberikan perincian dan maklumat lanjut.
Laporan rasmi paip bocor LRA Semanggar siap minggu ini
Insiden paip bocor di Loji Rawatan Air Semanggar, Kota Tinggi yang menjejaskan 11,000 akaun pengguna, berpunca daripada masalah paip besi yang berusia.
Ranhill mahu perluas sektor tenaga di Asia
Syarikat konglomerat Malaysia, Ranhill Holdings Berhad berhasrat meluaskan perniagaannya dalam sektor alam sekitar dan tenaga di Johor, Sabah, Thailand dan China.