awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ranhill rangkul anugerah Tadbir Urus Korporat MSWG-Asean 2020

Astro Awani
Astro Awani
25/08/2021
00:36 MYT
Ranhill rangkul anugerah Tadbir Urus Korporat MSWG-Asean 2020
Ranhill meletakkan kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam sebagai sebagai keutamaan dalam perkembangan perniagaan berasaskan perkhidmatan kemudahaan asas rakyat. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ranhill Utilities Berhad berbangga berada dalam tiga syarikat yang diberi Anugerah Kecemerlangan Tadbir Urus Korporat MSWG-ASEAN 2020 bagi kategori syarikat utiliti.
Pemilihan Ranhill sebaris dengan Petronas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti (MSWG).
Dalam satu kenyataan, Pengurusan Ranhill menjelaskan pemilihan itu merupakan bukti kejayaan pihaknya dalam menyediakan perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah terhadap kualiti hidup masyarakat.
"Ranhill komited meneruskan perkhidmatan cemerlang dalam sektor pembekalan air bersih terawat dan tenaga bersih serta rawatan air kumbahan yang menjadi sebahagian ekosistem kehidupan negara moden.
"Kami di Ranhill meletakkan kesejahteraan masyarakat dan kelestarian alam sebagai sebagai keutamaan dalam perkembangan perniagaan berasaskan perkhidmatan kemudahaan asas rakyat," kata kenyataan tersebut.
Kenyataan itu juga menyebut, pengiktirafan oleh MSWG ini juga mencerminkan keyakinan para pemegang saham minoriti terhadap perkembangan syarikat tersebut terutama dalam melaksanakan budaya tadbir urus korporat yang berasaskan kepada kepentingan pelanggan, pekerja, syarikat dan pemegang saham.
Topic Berkaitan
#Ranhill Utilities Berhad
#MSWG-ASEAN 2020
#Anugerah Kecemerlangan Tadbir Urus Korporat
#MSWG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan