KUALA LUMPUR: Ranhill Utilities Berhad bakal melaksanakan projek pembekalan sistem air minuman di Jakarta bersama sebuah syarikat milik kerajaan Indonesia PT PP Infrastructure dan sebuah lagi firma dari negara tersebut, Varsha Zamindo Lestari.
Projek yang dikenali sebagai Projek Sistem Pembekalan Air Ir. H. Djuanda/Jatilugur II itu diumumkan oleh Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Indonesia (Kemen PUPR) ketika Forum Pelaburan Indonesia di Ekspo Dubai 2020 pada 15 dan 16 November lalu.
Projek usaha sama swasta-awam (PPP) ini akan dibangunkan secara bersepadu di mana ia merupakan pendekatan baharu kepada amalan pembekalan air PPP di republik tersebut.
Ia dijangka memiliki kapasiti pengeluaran sebanyak 7,000 liter se saat atau 605 juta liter sehari yang bakal memberi manfaat kepada pengedali air tempatan di Jakarta dan tiga wilayah di Provinsi Jawa Barat.
Kajian terhadap projek PPP Ir. H Djuanda kini sedang disediakan oleh konsortium yang diketuai Ranhill dan dijangka siap untuk perolehan menjelang akhir tahun ini.
Menerusi projek PPP ini, kerajaan Indonesia menyasarkan untuk menyediakan akses air bersih kepada 3.9 juta penduduk di Jakarta menerusi lebih 500,000 saluran.
Projek ini adalah sebahagian daripada perancangan kerajaan Indonesia untuk menyediakan tambahan 10 juta sambungan air minuman termasuk di bawah Perancangan Pembangunan Tempoh Pertengahan Nasional 2020-2024.
Ia akan menambah baik akses kepada air minuman selain mengurangkan ekstrasi air bawah tanah di Jakarta yang berlaku disebabkan kekurangan sistem air minuman berpaip.
Astro Awani
Tue Nov 30 2021
Projek usaha sama swasta-awam (PPP) ini akan dibangunkan secara bersepadu di mana ia merupakan pendekatan baharu kepada amalan pembekalan air PPP di republik tersebut. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Ranhill raih kontrak Loji Rawatan Efluen Perindustrian bernilai RM6.10 juta
Hamdan memaklumkan Surat Anugerah (LOA) daripada MSM diterima pada 8 Jun lalu dan projek tersebut dijadual siap dalam tempoh 12 bulan bermula 1 Jun 2022.
Ranhill sediakan loji rawatan air mudah alih bantu mangsa banjir di Selangor
Ranhill memaklumkan dua unit loji rawatan air bersih mudah alih bersaiz 20' dan 40' ini bertindak untuk memproses air bersih.
Ranhill Solar 1 bakal beroperasi di Perak
RUB melalui Ranhill Solar 1 Sdn Bhd akan melakukan kerja-kerja reka bentuk, pembekalan, pembinaan, pemilikan, pengoperasian dan penyelenggaraan Loji Fotovoltan Solar Skala Besar 50MW.
Ranhill Utilities ketuai konsortium bina projek air bersih di Jakarta
Projek yang dikenali sebagai Projek Sistem Pembekalan Air Ir. H. Djuanda/Jatilugur II itu diumumkan oleh Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Indonesia
Ranhill rangkul anugerah Tadbir Urus Korporat MSWG-Asean 2020
Pemilihan itu merupakan bukti kejayaan pihaknya dalam menyediakan perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah terhadap kualiti hidup masyarakat.
Ranhill Utilities Berhad tersenarai untuk pembangunan loji solar berskala besar di Semenanjung
RUB disenarai pendek dan dipilih bagi mengendalikan pengeluaran solar 50 megawatt setahun di Batang Padang, Perak, jika memenuhi syarat tambahan.