awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RCEP boleh jadi instrumen pemulihan ekonomi terhadap COVID-19, kata pakar

Bernama
Bernama
30/06/2021
22:31 MYT
RCEP boleh jadi instrumen pemulihan ekonomi terhadap COVID-19, kata pakar
Malaysia dijangka meratifikasi RCEP pada akhir tahun ini atau selewat-lewatnya pada suku pertama 2022.
KUALA LUMPUR: Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) boleh menjadi instrumen pemulihan ekonomi yang penting terhadap pandemik COVID-19, menurut seorang pakar.
Bekas Duta ke Pertubuhan Perdagangan Dunia, Datuk M. Supperamaniam, berkata RCEP, jika dilaksanakan dengan berkesan, dapat mengukuhkan kedudukan ekonomi Malaysia di rantau ini dan di peringkat global yang boleh menjadi elemen penting kepada pemulihan daripada pandemik.
"Apabila berkuat kuasa, RCEP akan menghapuskan tarif sebanyak 90 peratus daripada barangan yang didagangkan antara penandatangannya dalam tempoh 20 tahun akan datang.
"Ini memberi peluang kepada perniagaan Malaysia dengan menawarkan akses pasaran kepada hampir satu pertiga daripada penduduk dunia," katanya pada seminar siri meja bulat Dewan Perniagaan Malaysia-China RCEP secara maya semalam.
Supperamaniam menjelaskan bahawa RCEP akan memperluas perdagangan antara rantau, mengintegrasikan rantaian bekalan dan menggalakkan ketelusan yang lebih baik untuk berkongsi pemudahan perdagangan.
"Ini penting kepada komuniti perniagaan berikutan mereka mahu menjadi berdaya saing," katanya.
Beliau berkata RCEP akan turut meningkatkan peluang komersial dan kerjasama strategik antara negara-negara anggota untuk meninjau perniagaan.
"Secara keseluruhannya, saya berpendapat Malaysia akan mendapat manfaat daripada RCEP ini tetapi sebahagian (industri) akan menghadapi cabaran; justeru, terdapat keperluan untuk bekerjasama dengan kerajaan untuk memastikan mereka dibantu," kata Supperamaniam.
Menurut beliau, ratifikasi RCEP akan menunjukkan Malaysia ingin menjalankan perniagaan dengan negara-negara lain, walaupun berdepan dengan situasi COVID-19.
RCEP adalah perjanjian perdagangan bebas terbesar di dunia dengan menghimpunkan 10 negara anggota ASEAN - Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam, termasuk Jepun, China, Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
Setakat ini, Singapura, Thailand, China dan Jepun telah meratifikasi perjanjian RCEP.
Malaysia dijangka meratifikasi RCEP pada akhir tahun ini atau selewat-lewatnya pada suku pertama 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ekonomi
#Malaysia
#RCEP
#Rantau
#perdagangan
#pemulihan
#tarif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan