Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Februari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Februari 2026.
Keseluruhan kejadian itu melibatkan seramai 31 mangsa, merangkumi penumpang bas serta pemandu dan kelindan lori yang terlibat.
Maklumat lanjut mengenai masalah kesihatan dihidapi Rani Kulup tidak didedahkan.
AGC memutuskan untuk tidak mengambil tindakan lanjut selepas SKMM mendapati pemilik akaun Facebook terbabit tidak dapat dikenal pasti.
SPRM Kedah menahan reman dua individu termasuk seorang pendakwah bebas kerana disyaki salah guna kuasa meluluskan kira-kira RM600,000 sebagai balasan bayaran mengumpul dana.
Tiga lelaki ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kejadian seorang wanita yang mati dipercayai dibunuh di kediamannya di Flat Sri Murni, Sungai Dua, Butterworth pada Rabu.
Pendidikan merupakan instrumen penyetara paling ampuh dalam memastikan kemajuan yang adil dan inklusif kepada seluruh rakyat Malaysia.
Sebanyak RM4.42 juta disalurkan menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) melibatkan RM2.6 juta bagi penerima Sukan SEA 2025 dan RM1.475 juta untuk Sukan Para ASEAN 2025 di Thailand.
Tourism Malaysia bakal memperluas sayap promosi pelancongan negara melalui kerjasama dengan 210 pempengaruh daripada pasaran strategik seperti China, Jepun dan Rusia yang mempunyai lebih 800 juta pengikut.
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang penolakan pendaftaran bagi kanak-kanak berumur enam tahun yang memilih untuk memasuki tahun satu mulai 2027.
Keluarga Altantuya Shaariibuu telah memulangkan semula ganti rugi bernilai lebih RM4.8 juta kepada Kerajaan Malaysia termasuk faedah, yang sebelum ini diberikan kepada mereka, susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang melepaskan kerajaan daripada liabiliti atas kematian model warga Mongolia itu pada 2006.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


