awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut dalam letupan di selatan Moscow
PM seru rakyat tolak kebencian, semai empati sempena Hari Krismas
MARDI agih 1,000 ekor Ayam Saga, perkasa komuniti KRT Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RCEP boleh jadi penyelesaian Asia untuk pulih daripada pandemik

Bernama
Bernama
15/11/2020
20:17 MYT
RCEP boleh jadi penyelesaian Asia untuk pulih daripada pandemik
MILNE: Kami menanti lebih banyak pelaburan memasuki negara dan rantau ini secara keseluruhan, kerana banyak syarikat asing sedang memindahkan fasiliti pengeluaran mereka ke ASEAN. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR:Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) mungkin mampu menjadi penyelesaian Asia untuk pulih daripada kemerosotan ekonomi yang disebabkan oleh pandemik COVID-19, kata HSBC Bank Malaysia Bhd (HSBC Malaysia) pada Ahad.
Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Malaysia, Stuart Milne berkata walaupun perdagangan antarabangsa terus menghadapi ketidakpastian, pemeteraian RCEP menekankan keyakinan terhadap keterbukaan pasaran, yang seterusnya akan memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.
"Perdagangan intra-Asia, yang sudah pun bersaiz lebih besar berbanding perdagangan Asia dengan Amerika Utara dan Eropah digabungkan, akan terus menguasai pertumbuhan ekonomi global serta mampu menarik pusat ekonomi ke arah Asia.
"Kami berharap anggota RCEP akan membina kemajuan yang telah mereka buat dan seterusnya membebaskan perdagangan serta pelaburan di rantau ini," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Perjanjian RCEP telah dimeterai pada Ahad lepas, selepas melalui 31 pusingan rundingan sejak lapan tahun lalu.
BACA: Malaysia sertai RCEP, buka pasaran kepada sepertiga penduduk dunia - Azmin
Pemeteraian RCEP, yang merupakan perjanjian perdagangan bebas terbesar di dunia (FTA), mewakili pencapaian penting dalam integrasi dan pemulihan ekonomi 15 pihak yang terlibat.
Menurut Milne, Malaysia boleh mengukuhkan lagi hubungan perdagangan dan ekonomi rentas sempadannya dengan rakan RCEP, memandangkan negara ini berkedudukan strategik sebagai pintu masuk ke negara anggota ASEAN serta RCEP.
"Dengan akses pasaran yang lebih besar, perniagaan Malaysia berpeluang untuk berkembang di peringkat serantau dan seterusnya.
"Di samping itu, kami menantikan lebih banyak pelaburan memasuki negara dan rantau ini secara keseluruhan, kerana banyak syarikat asing sedang memindahkan fasiliti pengeluaran mereka ke ASEAN memandangkan keberkesanan RCEP untuk dijalinkan dengan FTA," kata Milne.
HSBC yang melihat Malaysia sebagai pasaran strategik utamanya amat komited untuk berkhidmat kepada perniagaan Malaysia dan membantu membangunkan negara sebagai hab pelaburan di rantau ASEAN, tambah Milne.
Beliau menjelaskan HSBC memberi tumpuan ke arah mempercepatkan pertumbuhan francais kumpulan itu di Asia serta rangkaian perbankan antarabangsanya bagi menyediakan akses kepada lebih daripada 90 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar global, perdagangan dan aliran modal.
"Rangkaian ini meliputi koridor perdagangan dan zon ekonomi terbesar serta terpantas di dunia dan akan dapat menyokong pelanggan untuk menawan peluang di rantau ini," kata Milne.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Asia
#pandemik
#Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau
#RCEP
#Stuart Milne
#perjanjian perdagangan bebas
#perjanjian
#perdagangan bebas
#akses pasaran
#perniagaan
#pelaburan
#syarikat asing
#fasiliti pengeluaran
#ASEAN
#HSBC Malaysia
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan