Skip to main content

Malaysia

Festival Idea Putrajaya: Idea rakyat, inovasi universiti pemacu Malaysia masa hadapan

Berlangsung buat kali ketiga tahun ini, festival bertemakan 'Malaysia Masa Hadapan: Menggagas Teknologi, Mengangkat Insani' itu menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat menerusi perbincangan akademik, pertandingan, pameran inovasi dan perkongsian idea. -Gambar KPT
Berlangsung buat kali ketiga tahun ini, festival bertemakan 'Malaysia Masa Hadapan: Menggagas Teknologi, Mengangkat Insani' itu menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat menerusi perbincangan akademik, pertandingan, pameran inovasi dan perkongsian idea. -Gambar KPT
Advertisement

PUTRAJAYA: Festival Idea Putrajaya (FOI) 2026 perlu menjadi titik tolak kepada usaha menterjemahkan idea, penyelidikan dan inovasi kepada penyelesaian praktikal yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat serta pembangunan negara.

Berlangsung buat kali ketiga tahun ini, festival bertemakan "Malaysia Masa Hadapan: Menggagas Teknologi, Mengangkat Insani" menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat menerusi perbincangan akademik, pertandingan, pameran inovasi dan perkongsian idea.

Image
INSERT_KPT FOI26 KSUD



Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Ahmad Rizal Adnan, berkata penganjuran kali ini membawa pendekatan lebih menyeluruh dengan membuka ruang penyertaan bukan sahaja kepada warga universiti, malah pelajar sekolah dan orang awam.

"Teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) perlu dibangunkan dan dimanfaatkan dengan mengambil kira nilai kemanusiaan supaya kemajuan yang dicapai tidak mengabaikan kepentingan insan.

Image
INSERT_KPT FOI26_01


"Antara kelainan edisi kali ini ialah pendekatan berasaskan pertandingan yang memberi tumpuan kepada idea kreatif dan mengetengahkan idea inovasi.

"Festival ini bukan hanya untuk golongan akademik, sebaliknya kita mahu membuka ruang kepada semua pihak untuk berkongsi idea dan mengembangkan inovasi supaya dapat dimanfaatkan masyarakat serta menyumbang kepada pembangunan negara," katanya kepada Astro AWANI, pada Rabu lalu.

Advertisement
Image
INSERT_KPT FOI26_02


Antara pengisian yang diketengahkan termasuk Idea Walls yang membolehkan pengunjung mengemukakan pandangan secara digital, selain pertandingan teater muzikal membabitkan lapan sekolah berasrama penuh dan pelbagai aktiviti kreatif untuk pelajar.

Rizal berkata, idea yang dikumpulkan menerusi pelbagai sesi dan pengisian festival akan dihimpunkan dalam Risalah Idea Malaysia sebelum disampaikan kepada Jemaah Menteri sebagai input kepada kerajaan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof Dr Azlina Azman, berkata institusi pengajian tinggi (IPT) perlu memainkan peranan lebih besar dalam melahirkan graduan yang bukan sekadar mencari pekerjaan, malah berupaya mencipta peluang pekerjaan dan menghasilkan inovasi untuk menyelesaikan masalah masyarakat.

Image
INSERT_KPT FOI26 KPPT


Katanya, Festival Idea Putrajaya menyediakan platform kepada mahasiswa untuk mengetengahkan kebolehan, kreativiti dan pemikiran kritis menerusi pelbagai program termasuk University Social Entrepreneurship Competition yang menggalakkan pembangunan inovasi berteraskan keusahawanan sosial.

"Usaha melahirkan graduan holistik memerlukan kerjasama erat antara universiti, industri dan masyarakat bagi memastikan ekosistem pendidikan tinggi sentiasa selari dengan keperluan semasa.

"Penyelidikan universiti juga tidak seharusnya terhenti di makmal, sebaliknya perlu diterjemahkan kepada aplikasi yang boleh dimanfaatkan masyarakat serta menyumbang kepada pembangunan negara," katanya.

Advertisement
Image
INSERT_KPT FOI26_03


Dalam perkembangan berkaitan, KPT turut memperkenalkan sistem Research Data Centre bagi menghimpunkan data penyelidikan serta pencapaian universiti dalam aspek penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran, sekali gus membolehkan impak institusi dinilai secara lebih menyeluruh.

Azlina berkata, Malaysia bukan sahaja perlu melahirkan generasi yang mampu menggunakan teknologi, malah perlu membangunkan bakat tempatan yang berupaya mencipta dan menyumbang kepada kemajuan teknologi berasaskan kearifan tempatan serta nilai kemanusiaan.

Image
INSERT_KPT FOI26_04


Festival itu turut memperluas dimensi kerjasama antarabangsa menerusi penglibatan pemimpin pendidikan tinggi dan wakil beberapa negara termasuk ASEAN, Kazakhstan serta Türkiye bagi berkongsi idea, pengalaman dan pencapaian masing-masing.

Secara keseluruhannya, penganjuran Festival Idea Putrajaya 2026 diharap tidak berakhir sekadar sebagai acara tahunan, sebaliknya menjadi pemangkin kepada budaya mencetuskan idea, memperkukuh penyelidikan dan membangunkan inovasi yang mampu diterjemahkan kepada tindakan demi merealisasikan Malaysia masa hadapan.

Image
INSERT_KPT FOI26_10

Must Watch Video

Advertisement