KUALA LUMPUR: Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Menurut Pengurus Negara Bank Dunia bagi Malaysia, Yasuhiko Matsuda, dasar ini penting kerana mengambil kira pekerja tidak formal merupakan kumpulan rentan yang mudah terdedah kepada produktiviti ekonomi yang rendah.
"Ramai pekerja tidak formal sangat terdedah, memandangkan ketidakupayaan mereka untuk terus melabur dalam peningkatan kemahiran bagi mencapai kemajuan atau mengambil risiko untuk memulakan perniagaan,
"Oleh itu, (kerajaan) perlu menyediakan keselamatan dan perlindungan kepada pekerja tidak formal untuk mengekalkan (mereka) dalam pasaran buruh dan sumbangan mereka kepada keseluruhan ekonomi juga dapat dimaksimumkan.
"Jadi, keperluan dasar asas ialah kumpulan ini dilindungi dengan baik sekiranya mereka mengalami kemalangan atau perniagaan mereka tidak berjaya, serta mereka mempunyai sesuatu untuk bergantung," katanya ketika pelancaran laporan terkini Bank Dunia, Pekerjaan tidak formal di Malaysia: Trend, Cabaran dan Peluang Reformasi pada Isnin.
Laporan ini menandakan satu lagi usaha kerjasama antara Kementerian Ekonomi dan Kumpulan Bank Dunia.
Ia meneroka analisis dan trend pekerjaan tidak formal serta menyelami secara mendalami peraturan, dasar dan program yang mentadbir pekerjaan tidak formal.
Laporan itu juga mendedahkan bahawa pekerjaan tidak formal secara keseluruhan telah merosot daripada 38.2% pada 2009 kepada 26.8% pada 2022.
Bagaimanapun dengan arus pendigitalan serta kesan daripada pandemik COVID-19, sifat pekerjaan telah berubah dan akan terus memacu pertumbuhan pekerjaan gig.
Sementara itu, Pakar Ekonomi Kanan Bank Dunia dalam Perlindungan Sosial dan Pekerjaan, Yashodan Ghorpade berkata, kadar penyertaan pekerjaan tidak formal adalah lebih tinggi dalam kalangan isi rumah miskin.
"Kumpulan ini berkait rapat dengan status kemiskinan, jadi kita perlu mengambil lebih banyak analisis terperinci," katanya.
Tambah Yashodan, terdapat keperluan untuk mengadakan perundingan tetap mengenai kebimbangan pihak dalam pekerjaan tidak formal membabitkan pekerja dan platform, untuk berkongsi maklumat tentang keperluan untuk sokongan.
Shaznina Rozman
Mon Feb 26 2024
Laporan Pekerjaan tidak formal di Malaysia: Trend, cabaran dan peluang reformasi menandakan satu lagi usaha kerjasama antara Kementerian Ekonomi dan Kumpulan Bank Dunia.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Pembangunan Malaysia perlu rangka pendekatan menyeluruh, mengikut konteks - Pakar ekonomi
Pakar ekonomi menyarankan keperluan untuk Malaysia menilai semula pendekatan pembangunan agar lebih menyeluruh dan mengikut konteks.
Bank Dunia lantik Judith Green sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia
Kumpulan Bank Dunia melantik Judith Green sebagai Pengurus Negara yang baharu untuk Malaysia.
Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta, tingkatkan transformasi digital Filipina
Bank Dunia meluluskan pinjaman sebanyak US$750 juta pada Rabu untuk mempercepatkan transformasi digital di Filipina.
DAT percepat sasaran Malaysia capai status negara berpendapatan tinggi - Bank Dunia
Penerimagunaan yang meluas dan peningkatan teknologi pertanian digital (DAT) akan mempercepat perjalanan Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, menurut laporan Bank Dunia.
Malaysia perlu lebih banyak pembaharuan fiskal untuk mantapkan ekonomi - Bank Dunia
Ekonomi Malaysia telah mengekalkan kekuatannya, hasil daripada gabungan pembaharuan domestik seperti rasionalisasi subsidi diesel dan rangsangan luar, menurut Bank Dunia.
Indonesia sasar jadi destinasi penempatan modal
Kerajaan Indonesia sedang melaksanakan inisiatif strategik untuk menubuhkan pejabat keluarga, entiti persendirian yang bertujuan menguruskan urusan perniagaan keluarga mewah, lapor Xinhua.
Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta untuk tingkatkan pemulihan Filipina
Bank Dunia pada Sabtu mengumumkan kelulusan pinjaman US$750 juta bagi mengukuhkan pemulihan ekonomi Filipina, lapor Xinhua.
KKM lancar kajian pemetaan penjagaan kesihatan fasa 1
Kajian itu menumpukan analisis komprehensif situasi penjagaan kesihatan di seluruh negara merangkumi aspek fasiliti kesihatan, peralatan dan sumber manusia.
Kestabilan politik bantu pemimpin Sarawak fokus kepada pembangunan - Abang Johari
Keadaan politik yang stabil menjadi antara ramuan utama yang membolehkan pemimpin di Sarawak memberikan tumpuan penuh kepada program pembangunan negeri itu.
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).