KUALA KRAI: Usahawan muda, Siti Khairunnisa Che Rahim tidak menyangka niatnya menukar inti biskut tart yang biasanya menggunakan nanas kepada durian Musang King mendapat permintaan tinggi.
Niat asal gadis berusia 23 tahun dari Kampung Chuchuh Puteri ketika memulakan pembuatan tart Musang King itu tahun lepas hanyalah sekadar ingin menghabiskan lebihan lempuk durian jenis itu yang ada dalam simpanannya.
Siti Khairunnisa berkata setiap kali musim durian, dia memang mempunyai lebihan simpanan lempuk durian kerana keluarganya turut mengusahakan kebun raja buah itu seluas 16 hektar.
"Saya mula menghasilkan tart Musang King ini pada sambutan Aidilfitri tahun lepas apabila memiliki kira-kira 50 kilogram stok lempuk durian.
"Alhamdulillah bermula sekadar niat untuk menghabiskan stok lempuk, tart Musang King ini mendapat permintaan tinggi sejak dihasilkan, bukan sahaja dijual terus kepada pelanggan malah biskut ini berjaya memasuki pasaran sebuah pasar raya di Kota Bharu," katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya, baru-baru ini.
Bercerita lanjut, Siti Khairunnisa berkata pada sambutan Aidilfitri tahun lepas, dia berjaya menjual 2,000 balang tart Musang King, bagaimanapun bagi sambutan tahun ini dia hanya mampu menghasilkan 1,000 balang kerana kekurangan bekalan stok lempuk durian.
"Antara bahan yang diperlukan untuk menghasilkan biskut ini ialah tepung gandum, telur, mentega, tepung jagung, minyak sapi, tepung kastard dan susu pekat.
"Biskut ini dijual pada harga RM18 hingga RM20 sebalang, biarpun menggunakan bahan berkualiti tinggi terutama rmusang king saya tetap jual dengan harga mampu beli," kata anak ketiga daripada empat beradik itu.
Mengenai pasaran tart Musang King yang dihasilkannya, Siti Khairunnisa berkata dia turut mendapat permintaan dari negara seperti Singapura, Brunei dan Thailand namun tidak mampu memenuhi permintaan tersebut.
"Bekalan lempuk durian musang king yang terhad menyebabkan saya hanya mampu memenuhi permintaan dalam negara ketika ini," kata pemegang Diploma Pemasaran Kolej Vokasional Pasir Mas itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 23 2022
Siti Khairunnisa menyiapkan tart berintikan lempuk durian Musang King ketika ditemui di Rumahnya di Kampung Chucuh Puteri di Kuala Krai. - Foto BERNAMA
Tempat kediaman tertinggi dunia akan dibina di Dubai
Ia akan memintas menara Central Park Tower di New York yang berketinggian 472 meter.
PM ingatkan tidak buat tohmahan, fitnah sesuka hati
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengingatkan pihak-pihak ini untuk tidak menyebarkan kenyataan yang tidak berasas.
AWANI Ringkas: Gaji dan elaun penjawat awam lebih RM2,000
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Laporan Bank Dunia: Puad cabar Fadhlina bermalam di rumah panjang, rasai kesukaran belajar di pedalaman
Puad Zakarshi mencabar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk bermalam di rumah panjang bagi merasai sendiri kepayahan pelajar untuk mendapatkan pendidikan
Operasi darat Israel di Rafah akan cetus bencana kemanusiaan - WHO
Netanyahu berikrar pada Selasa, untuk menyerang Rafah, walaupun terdapat laporan kemungkinan perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.
MoT pantau rapi situasi letusan Gunung Ruang - Loke
Setakat ini letusan gunung berapi berkenaan telah menjejaskan sedikit ruang udara di Tawau, Sabah menyebabkan beberapa penerbangan ke daerah itu terpaksa dilencongkan.
SPRM Kelantan tahan pegawai kanan KADA buat tuntutan palsu
Lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 9.30 malam tadi selepas dipanggil ke pejabat SPRM untuk diambil keterangan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan ke Sabah, Labuan
Penerbangan yang terlibat ialah MH2660D (KUL-TWU) yang pada awalnya MH2660, serta MH2661D (TWU-KUL), pada mulanya MH2661.
SPRM tahan CEO syarikat pembekalan air, pemilik syarikat
Kedua-dua lelaki berusia 38 dan 35 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 4 petang semalam bagi membantu siasatan.
Menteri Kabinet zahir penghargaan kepada warga pekerja
Hari Pekerja disambut pada 1 Mei setiap tahun bagi meraikan sumbangan warga pekerja dengan sambutan tahun ini yang bertemakan 'Pekerja Kesuma Bangsa'.
Rezeki Aidilfitri, tart Musang King dapat permintaan tinggi
Usahawan muda, Siti Khairunnisa Che Rahim tidak menyangka niatnya menukar inti biskut tart yang biasanya menggunakan nanas kepada durian Musang King mendapat permintaan tinggi.