KUALA LUMPUR: RHB Bank Bhd melantik Mohd Rashid Mohamad sebagai Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan RHB Banking Group berkuat kuasa 1 April, 2022 menggantikan Datuk Khairussaleh Ramli, yang meletak jawatan pada 25 Mac, 2022.
Kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata Mohd Rashid, 54, yang memulakan kerjaya beliau dengan Bank Negara Malaysia, ketika ini merupakan pengarah urusan Group Wholesale Banking, dan dilantik sebagai pegawai yang bertanggungjawab dan pegawai utama RHB Banking Group pada 24 Jan, 2022.
Menurut RHB dengan jawatan baharu itu, Mohd Rashid akan menerajui kumpulan dalam memacu pertumbuhan perniagaan dan meningkatkan lagi kecemerlangan operasi di Malaysia dan juga peringkat serantau dalam mencapai sasaran kewangannya dan memaksimumkan jumlah pulangan pemegang saham.
Pengerusinya, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata pelantikan ini akan membawakan kesinambungan dan kepimpinan yang stabil dalam kumpulan dan menyokong keberkesanan perancangan penggantian.
"Kami yakin dengan sokongan daripada pasukan pengurusan kanan kumpulan Mohd Rashid akan dapat membawa kumpulan ke fasa seterusnya perancangan transformasi kami bagi menyediakan nilai kepada semua pemegang kepentingan utama kami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 30 2022
Mohd Rashid akan menerajui kumpulan itu dalam memacu pertumbuhan perniagaan dan meningkatkan lagi kecemerlangan operasi di Malaysia dan juga peringkat serantau. - Foto RHB
Wanita lintas jalan direman dua hari
Pemandu SUV yang melintas jalan dan menyebabkan kemalangan, yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi direman dua hari.
Genting Malaysia nafi bincang mengenai kasino di Forest City
Genting Malaysia Bhd (Genting Malaysia) hari ini menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
AWANI Borneo [27/04/2024] - Peruntukan RM60 juta | GPS tumpu Sarawak | Risiko hilang kerusi
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan;
#AWANIBorneo 27 April 2024
Tertangguh lama, SMK Sebuyau bakal berwajah baharu
Sah! GPS tidak terlibat kempen PRK Kuala Kubu Bharu
MoU PBS dan STAR elak pertembungan calon dalam PRN Sabah
#AWANInews
#AWANIBorneo 27 April 2024
Tertangguh lama, SMK Sebuyau bakal berwajah baharu
Sah! GPS tidak terlibat kempen PRK Kuala Kubu Bharu
MoU PBS dan STAR elak pertembungan calon dalam PRN Sabah
#AWANInews
Pemain Astro Kem Badminton berpeluang berlatih dengan jurulatih dari BAM
Menurut Ketua Jurulatih Astro Kem Badminton 2024, Lee Wan Wah latihan intensif selama 5 hari itu merupakan satu peluang terbaik untuk pemain merasai pengalaman berlatih seperti untuk mewakili negara.
U Mobile buka kedai pertama di Sabah
Kedai pertama U Mobile di Sabah terletak di Imago Shopping Mall dan menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti talian pra bayad dan pasca bayar U Borneo.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Nahas helikopter Lumut: Presiden Turkiye ucap takziah kepada keluarga anggota, Malaysia - Anwar
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga 10 wira negara yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM di Lumut, Perak.
Kertas Kabinet wujud sektor industri sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Kertas Kabinet berkenaan usaha mewujudkan sektor industri sukan dijangka dibentang kepada Jemaah Menteri dalam tempoh sebulan.
MoU PBS dan STAR elak pertembungan calon dalam PRN Sabah
Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk NIzam Abu Bakar Titingan berkata MoU antara PBS dan STAR bagi mengelakkan kehilangan kerusi sepertimana yang berlaku dalam PRN16.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
PRK KKB: GPS tidak akan terlibat kempen - Fadillah
Ketua Whip GPS yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengesahkan gabuingan itu tidak akan terlibat dalam kempen PRk Kuala Kubu Bharu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
1,000 peluang pekerjaan bakal dinikmati penduduk Tongod
Sebuah kilang simen bernilai RM1.2 bilion akan dibina di Penangah, Tongod, Sabah sekali gus mewujudkan 1,000 peluang pekerjaan baharu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
RHB lantik Mohd Rashid Mohamad sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
Mohd Rashid akan menerajui kumpulan RHB dalam memacu pertumbuhan perniagaan dan meningkatkan lagi kecemerlangan operasi di Malaysia dan juga peringkat serantau.