awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RHB peruntukkan RM3 juta bagi inisiatif kekang COVID-19

Haikal Raman
Haikal Raman
25/03/2020
03:10 MYT
RHB peruntukkan RM3 juta bagi inisiatif kekang COVID-19
Pengarah Urusan Kumpulan RHB, Datuk Khairussaleh Ramli berkata, daripada jumlah tersebut RM1 juta akan disumbangkan secara terus kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). - Foto RHB
RHB Banking Group (RHB) memperuntukkan sejumlah RM3 juta bagi tujuan sokongan terhadap pelbagai inisiatif yang dilaksanakan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.
Pengarah Urusan Kumpulan RHB, Datuk Khairussaleh Ramli berkata, daripada jumlah tersebut RM1 juta akan disumbangkan secara terus kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk digunakan bagi membeli peralatan kesihatan, perubatan atau keperluan penting lain dalam menguruskan kes COVID-19.
“Baki RM2 juta lagi akan diperuntukkan sebagai dana bantuan bagi usaha-usaha berkaitan COVID-19 yang akan dilaksanakan oleh Kumpulan.
“Inisiatif utama kami ketika ini adalah membekalkan bungkusan makanan kepada barisan hadapan di enam buah hospital sekitar Lembah Klang dan Selangor sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung (PTP),” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Enam buah hospital tersebut adalah Hospital Sungai Buloh, Hospital Serdang, Hospital Ampang, Hospital Selayang, Hospital Putrajaya dan Hospital Kuala Lumpur.
Khairussaleh turut menyarankan orang ramai untuk terus mematuhi perintah PTP dan kekal berada di rumah sepanjang tempoh ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Orang ramai yang berhasrat untuk menyalurkan bantuan kewangan boleh berbuat demikian melalui nombor akaun 2-66016-0002347-5 RHB Bank Bhd. atas nama Sumbangan Perubatan KKM.
Kenyataan media RHB Banking Group.
Kenyataan media RHB Banking Group.
Topic Berkaitan
#bank
#coronavirus
#COVID-19
#Datuk Khairussaleh Ramli
#Hospital
#Kementerian Kesihatan
#kerajaan
#KKM
#koronavirus
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#Pengarah Urusan Kumpulan RHB
#perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan