KUALA LUMPUR: RHB Investment Bank Bhd menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2022 Malaysia kepada tujuh peratus tahun ke tahun (y-o-y) daripada enam peratus berikutan perbelanjaan pengguna yang lebih kukuh daripada jangkaan pada suku ketiga 2022 (S3 2022) dan daya tahan pengguna pada S4 2022.
Ketua Ekonomi Kumpulan dan Ketua Penyelidikan Pasaran Sailesh K Jha berkata kitaran dalam perniagaan di Malaysia memuncak pada S3 2022 dengan penunjuk utama KDNK menunjukkan bahawa S3 2022 mungkin berada dalam julat 10 hingga 12 peratus tahun ke tahun dan S4 2022 pula pada sekitar 2.30 hingga 5.83 peratus berbanding separuh pertama 2022 sebanyak tujuh peratus.
Memandangkan KDNK penggunaan swasta menyumbang kira-kira 60 peratus daripada KDNK agregat, adalah penting untuk menekankan kepada perbelanjaan pengguna sepanjang beberapa suku akan datang, kata firma itu.
Model pertumbuhan KDNK penggunaan swasta Malaysia menunjukkan bahawa S4 2022 mungkin menyaksikan momentum permulaan yang perlahan yang akan berlangsung sehingga sekitar S2 2023, diikuti dengan pemulihan pada separuh kedua 2023.
Firma penyelidikan itu yakin bahawa kitaran perniagaan Malaysia menuju ke arah kelembapan dari S4 2022 hingga S2 2023, walaupun terdapat perbelanjaan pengguna yang kukuh sehingga S3 2022.
"Kami juga tidak menjangkakan kemelesetan teknikal akan berlaku. Anggaran kami untuk trend pertumbuhan KDNK Malaysia adalah sekitar lima peratus tahun ke tahun.
Sailesh berkata perbincangan tentang kebarangkalian yang rendah mengenai kemelesetan ekonomi 2023 dirangka berdasarkan kemelesetan teknikal sejak 1970.
Semua kejadian itu berlaku akibat faktor luaran, tetapi terdapat juga ketidakseimbangan ekonomi domestik yang lazim seperti fiskal dan ketidakselarasan kadar pertukaran berkesan yang sebenar, yang memburukkan lagi kemerosotan secara panjang dan mendalam, katanya.
"Kesimpulannya: agak sukar untuk menjana kemelesetan di Malaysia," katanya.
Beliau turut menekankan kenaikan harga minyak mentah baru-baru ini pada S1 2022 dan kenaikan yang tinggi mungkin mencetuskan kepercayaan bahawa harga minyak yang lebih tinggi akan membawa kepada penurunan ketara dalam pertumbuhan global.
Namun begitu, beliau mengakui bahawa setiap negara mempunyai dinamik yang berbeza.
"Malaysia adalah pengeksport minyak bersih dan keputusan kajian kami mencadangkan kenaikan harga minyak akan disertai dengan kenaikan KDNK," katanya sambil menambah penurunan mendadak harga minyak sebenar tidak perlu membawa kepada kemelesetan di Malaysia.
Dari segi inflasi indeks harga pengguna (IHP), beliau berkata adalah tidak jelas bahawa harga minyak mempunyai kesan sebab dan akibat terhadap inflasi domestik.
Mengenai tinjauan dasar monetari, RHB Bank berkata Bank Negara Malaysia akan menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada antara 3.0 dan 3.5 peratus pada 2023 tanpa memotong OPR pada 2023, dengan mengambil kira langkah yang diambil oleh Bank Rizab Persekutuan AS.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 10 2022

Firma penyelidikan itu yakin bahawa kitaran perniagaan Malaysia menuju ke arah kelembapan dari S4 2022 hingga S2 2023, walaupun terdapat perbelanjaan pengguna yang kukuh sehingga S3 2022.

Ekonomi | Cabaran ekonomi global, apa kemampuan Malaysia?
Mampukah Malaysia hadapi cabaran ekonomi global serta tambah baik pasaran buruh? Diskusi penuh bersama Firdaos Rosli, Ketua Ekonomi Bank Islam.

Bajet 2023 | Kementerian tumpu RD untuk pasarkan produk ke antarabangsa
Kementerian Perladangan dan Komoditi akan memberi tumpuan kepada peruntukan serta penyelidikan dan pembangunan (RD) dalam tujuan memasarkan produk negara ke peringkat antarabangsa dalam Belajawan 2023. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata ini perlu kerana negara terlalu bergantung kepada import dan pada masa sama perlu memastikan agar penerimaan produk dapat dikekalkan.

Gunung Baling terbakar
Pemantauan dibuat pada peringkat awal mendapati kebakaran berlaku pada satu lokasi curam dan sukar diakses.

Bapa dipulau anak selepas bertukar jadi 'naga'
Dia ingin membuktikan kepada orang lain mereka boleh berjaya dan menjadi tidak konvensional dalam masa yang sama.

Pantau Kerajaan Baharu: Teknologi XR | Extended Reality (XR) potensi ekonomi untuk Malaysia
Pakar XR, Impact Lab Digital Innovation & Smart Society Taylor’s University, Faisal Athar Mohd Fadzil dan Siti Nur Dini Mahazan, Pensyarah The Design School (TDS), Impact Lab Digital Innovation & Smart Society Taylor’s University membincangkan topik teknologi ‘extended reality’ (XR) dan potensi ekonomi untuk Malaysia.

LaLiga: Raphinha, Lewandowski pastikan Barcelona berkelebihan lapan mata di puncak
Pasukan bimbingan Manuel Pellegrini berkenaan mempamerkan corak bertahan radikal sambil Pedri terlepas dua peluang berharga.

Jiwa SME | Platform digital pacu kejayaan perusahaan penjagaan rambut
Perubahan dunia perniagaan kepada norma baharu menjadi titik permulaan kepada setiap usahawan untuk mengubah strategi perniagaan demi kelangsungan syarikat. Seorang usahawan wanita turut tidak ketinggalan dalam merevolusi perusahaan penjagaan rambut ke arah pendigitalan. Pengasas Ria Group, Ria Armiati Ramlan menggunakan konsep kit penjagaan rambut profesional yang dijual melalui platform digital dan ia mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Martial, Fred pacu Manchester United ke final Piala Liga
Babak pertama menyaksikan Weghorst hampir menambah koleksi jaringan sebelum tandukan daripada hantaran silang mengenai palang gol.

Pemandu lori maut nahas tiga kenderaan
Lelaki berusia 29 tahun itu disahkan maut di lokasi manakala pemandu sebuah lagi lori dan treler, terselamat.

Azizulhasni tekad bawa pulang emas Olimpik
Azizulhasni turut mencabar mana-mana atlet negara untuk bersama-samanya memikul amanah besar itu sebagai sandaran memenangi emas pertama.

Kerajaan yakin capai keputusan suku keempat memberangsangkan - Anwar
Anwar berkata kerajaan yakin dapat mencapai keputusan suku keempat 2022 yang memberangsangkan.

Ringgit ditutup paras tertinggi dalam tempoh 9 bulan berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan aliran menaiknya untuk ditutup pada paras tertinggi hampir sembilan bulan berbanding dolar AS hari ini.

OPR boleh dikekalkan pada 2.75 peratus jika.... - Rafizi
Kadar Dasar Semalaman (OPR) boleh dikekalkan pada 2.75 peratus jika kadar inflasi negara mampu mereda dalam tempoh beberapa bulan ini.

Ekonomi Malaysia dijangka menyederhana kepada 4 peratus tahun ini
Citi Research menjangka pertumbuhan ekonomi Malaysia menyederhana kepada 4 peratus pada 2023 berikutan kesan asas dan ketidaktentuan luar.

Ringgit teruskan kenaikan, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2830/2875 berbanding dolar AS daripada 4.3050/3100 sewaktu ditutup semalam.

OPR: Langkah taktikal BNM untuk menyokong momentum ekonomi, kata penganalisis
BNM juga telah memainkan peranannya secara strategik bagi tempoh 2019-2022 serta terbukti dapat menangani cabaran tekanan harga.

BNM akan terus selaraskan OPR secara beransur sejajar peningkatan ekonomi
Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalam (OPR) pada mesyuarat dasar monetarinya yang pertama bagi 2023.

OPR dijangka naik 25 mata asas esok, 25 mata pada Mac - Bank Islam
Ia menjadikan kadar terminal baharu adalah pada 3.25 peratus.

Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini dalam wilayah positif dan mencecah paras tertinggi harian pada Jumaat.

Ringgit cecah 4.33, hampiri paras tertinggi dalam tempoh 10 bulan
Ringgit terus mengukuh dan menghampiri paras tertinggi dalam tempoh 10 bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga hari ini.