KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka dalam sentimen positif berbanding dolar AS hari ini berikutan permintaan yang rendah terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu disebabkan data ekonomi yang lemah daripada AS.
Pada 9.01 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.7000/7060 berbanding dolar AS daripada 4.7020/7070 pada Khamis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata anggaran kedua untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2024 AS lebih rendah pada kadar tahunan suku ke suku pada 1.3 peratus daripada anggaran pertama sebanyak 1.6 peratus.
Enjin pertumbuhan utama, Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE), turut turun kepada 2.0 peratus daripada anggaran pertama sebanyak 2.5 peratus.
Indeks Dolar AS (DXY) merosot di bawah 105 mata manakala hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh 2 tahun dan 10 tahun, masing-masing merosot sebanyak lima dan tujuh mata asas kepada 4.92 peratus dan 4.55 peratus, menyebabkan permintaan yang rendah terhadap dolar AS.
"Data KDNK yang terkini dilihat mengukuhkan pandangan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS perlu menurunkan kadar faedah pada tahun ini untuk mengekalkan KDNK dalam pertumbuhan jangka panjang sebanyak 1.8 peratus," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan merosot berbanding euro kepada 5.0906/0971 daripada 5.0838/0892 pada Khamis, susut berbanding pound kepada 5.9826/9903 daripada 5.9767/9831 dan rendah berbanding yen Jepun kepada 2.9974/3.0015 daripada 2.9959/9992 semalam.
Ringgit bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia merosot berbanding baht Thailand kepada 12.8125/8334 daripada 12.7727/7908 pada Khamis dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4812/4859 daripada 3.4791/4833.
Ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 288.9/289.4 daripada 289.0/289.4 semalam dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.02/8.04 daripada 8.02/8.03 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 31 2024
Pada 9.01 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.7000/7060 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Tentera Rusia berundur dari selatan Syria
Sebuah konvoi kenderaan tentera Rusia dilaporkan berundur dari wilayah selatan Syria menuju ke pangkalan tentera di Tartous, bandar pesisir Latakia, utara negara itu.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu mengeluarkan sebuah gambar yang memaparkan wajah seorang wartawan dari Amerika Syarikat, Austin Tice yang hilang di Syria pada 2012.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Thailand tewaskan Malaysia 1-0
Rekod tanpa kalah skuad bola sepak negara dalam kempen Kumpulan A Piala ASEAN lebur apabila tewas 0-1 kepada Thailand dalam aksi di Stadium Rajamangala, Bangkok, pada Sabtu malam.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.
Ringgit terus catat kenaikan berikutan keyakinan meningkat terhadap satu lagi penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4250/4305 berbanding dolar AS daripada .4505/4550 pada Rabu.
Ringgit meningkat selepas minit mesyuarat Fed menunjukkan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4440/4465 berbanding dolar AS daripada 4.4560/4600 pada Selasa.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
BNM beri jaminan terus pantau, urus ketidaktentuan susulan perkembangan global
BNM berpendapat bahawa asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia yang kukuh dapat menyediakan penampan terhadap kejutan luaran.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.