KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga Isnin dengan meningkat sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) walaupun negara maju itu mencatat inflasi lebih tinggi, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, ringgit diniagakan di paras 4.7750/7805 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7820 pada akhir urus niaga Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonom Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit bagaimanapun dijangka menyaksikan urus niaga lebih rendah pada hari ini ketika data-data menunjukkan AS kekal berdaya tahan, termasuk Indeks Sentimen Pengguna (ISP) oleh Universiti Michigan yang menokok 79.6 mata pada Februari daripada 79.0 mata pada bulan sebelumnya.

Dalam pada itu, bank pusat China pula tidak menurunkan kemudahan pinjaman penggal pertengahan yang mencecah 2.50 peratus pada masa ini.

Kadar utama itu telah diturunkan pada Ogos tahun lepas.

Mohd Afzanizam berkata keputusan itu memaparkan pendirian bank pusat People's Bank of China yang tidak dapat memutuskan langkah rangsangan tambahan bagi merancakkan lagi aspek monetari walaupun ekonominya mengalami tekanan deflasi.

"Atas alasan itu, ringgit-dolar dijangka bergerak dalam julat RM4.76 hingga RM4.77 hari ini," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama termasuk susut berbanding yen Jepun kepada 3.1846/1885 daripada 3.1780/1818 pada akhir Jumaat lepas.

Ringgit juga rendah berbanding pound Britain kepada 6.0265/0335 daripada 6.0117/0186 serta susut berbanding euro kepada 5.1508/1567 daripada 5.1419/1478 sebelum ini.

Berbanding mata wang Asean lain, ringgit juga diniagakan lebih rendah.

Ia susut sedikit berbanding baht Thailand kepada 13.2831/3054 berbanding 13.2559/2763 pada Jumaat lepas dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.5507/5551 daripada 3.5479/5522.

Ringgit turun berbanding peso Filipina pada 8.54/8.56 daripada 8.53/8.55 dan susut berbanding rupiah Indonesia pada 305.6/306.0 daripada 305.7/306.0, sebelumnya.

-- BERNAMA