KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran menurun berbanding dolar AS pagi ini berikutan indeks dolar AS (DXY) yang lebih kukuh selepas pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell mengulangi pendiriannya untuk terus menaikkan kadar faedah dalam usaha meredakan kenaikan inflasi, kata seorang penganalisis.
Pada jam 9 pagi, nilai mata wang tempatan susut kepada 4.4020/4045 berbanding dolar AS daripada 4.3980/4010 pada penutup semalam (Rabu).
Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata DXY berakhir lebih tinggi malam tadi dengan mencatatkan 105.104 mata.
Beliau berkata semasa sesi panel Bank Pusat Eropah, Powell menyatakan ekonomi AS berada dalam keadaan kukuh dan baik untuk menahan kesan daripada dasar monetari yang lebih ketat.
"Oleh itu, ringgit sepatutnya terus kekal berlegar sekitar RM4.40 berbanding dolar AS," katanya kepada Bernama.
Selain itu, beliau menambah sentimen dijangka kekal berhati-hati apabila kebimbangan terhadap kemelesetan semakin meningkat di AS.
"Ini disebabkan hubungan rapat keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS dan Malaysia. Justeru, sebarang gangguan dalam pertumbuhan AS, Malaysia akan turut merasai tempiasnya," kata beliau.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3379/3409 daripada penutupan urus niaga Rabu 5.3480/3516, ia lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.1596/1619 daripada 3.1645/1671 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.5966/5992 daripada 4.6227/6259 sebelumnya.
Bagaimanapun, mata wang tempatan menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.2228/2251 daripada 3.2217/2242 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 30 2022
Pada jam 9 pagi, nilai mata wang tempatan susut kepada 4.4020/4045 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Peranan Maritim Malaysia diiktiraf dunia
Peranan serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) diterima baik dan diiktiraf dunia.
AKPK: Tingkah laku pengguna belia & literasi Kewangan
Ketua, Jabatan Pembangunan Penyelidikan, AKPK, Mafrukhin Mokhtar berkongsi pandangan beliau berkenaan tingkah laku pengguna dalam kalangan belia serta tahap literasi kewangan mereka.
AWANI Pagi: Masalah Haid: Jangan Ambil Mudah
Diskusi bersama Dr Haliza Kamarudin, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Pakar Damansara 2 mengenai masalah haid, yang dialami wanita.
TH sedia penginapan bertaraf lima bintang untuk jemaah di Madinah
Tiga hotel yang dipilih terletak antara 50 hingga 200 meter dari Masjid Nabawi, selesa dan mesra OKU.
Permodalan pasaran saham Malaysia catat sejarah tertinggi - melepasi RM2 trilion
Indeks penanda aras FBM KLCI meningkat untuk hari keempat berturut-turut kepada 1,605.68, penutup tertinggi sejak 8 April 2022, diterajui oleh saham pengguna dan perbankan.
Lapangan terbang antarabangsa UK alami masalah sistem E-gate
Isu teknikal yang dialami di lapangan terbang terbesar di UK seperti di Heathrow itu turut menjejaskan kawalan pasport.
Isteri curang, malas masak ditikam dengan berus gigi hingga mati
Siasatan awal mendapati suspek bertindak menikam leher Risma Fatmawati dengan berus gigi kerana berasa sakit hati.
TikTok saman kerajaan AS
Saman difailkan di Mahkamah Rayuan Daerah Colombia atas alasan ia mencabuli Perlembagaan.
Selangor lancar kempen 'Stand With Faisal Halim. Stop The Violence!'
Faisal Halim hanya seorang insan kecil dari Pulau Pinang yang mempunyai impian besar.
Patuh santuni jemaah, petugas haji saban tahun
Kemahiran berkomunikasi, fasih berbahasa Arab, Melayu dan Bahasa Inggeris jadi nilai tambah kepada Pembantu Petugas Haji (PATUH) dalam menyantuni jemaah dan petugas haji dari Malaysia setiap kali ketibaan musim haji.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7535/7555 pada Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.