KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dengan dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, memandangkan dolar terus mengukuhkan daya tarikannya sebagai mata wang selamat berikutan sentimen enggan mengambil risiko menyelubungi pasaran, kata penganalisis.
Pada jam 9 pagi, unit tempatan susut kepada 4.4220/4255 berbanding dengan dolar AS daripada 4.4185/4200 ketika ditutup pada Selasa.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen enggan mengambil risiko tersebar luas dengan hasil Perbendaharaan AS berjangka 10 tahun telah mencecah paras di bawah tiga peratus berikutan permintaan terhadap instrumen selamat kian kukuh.
"Minat terhadap instrumen yang boleh ditukar secara langsung kepada atau serupa dengan tunai semakin meningkat walaupun memberikan pulangan yang rendah, dan itu bermakna tumpuan utama kini adalah untuk melindungi prinsipal pelaburan.
"Indeks dolar AS (DXY) telah melepasi 106 mata pada masa ini kerana permintaan terhadap dolar AS telah meningkat. Justeru, dolar-ringgit dijangka kekal pada paras semasa sekitar RM4.41," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata tumpuan akan diberikan kepada keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia mengenai Kadar Dasar Semalaman hari ini.
Kenaikan 25 mata asas akan memberikan sedikit sokongan kepada ringgit, katanya.
Sementara itu, ringgit didagangkan tinggi kebanyakannya berbanding dengan beberapa mata wang utama.
Mata wang tempatan meningkat berbanding dengan pound British kepada 5.2909/2951 daripada 5.3168/3186 ketika ditutup pada Selasa, serta naik berrbanding dengan euro kepada 4.5392/5428 daripada 4.5511/5526.
Ringgit susut berbanding dengan dolar Singapura kepada 3.1487/1514 daripada 3.1486/1502 semalam dan rendah berbanding dengan yen Jepun kepada 3.2606/2636 daripada 3.2530/2543.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 06 2022
Pada jam 9 pagi, unit tempatan susut kepada 4.4220/4255 berbanding dengan dolar AS. - Gambar hiasan
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
AWANI 7:45 [28/03/2024] - 75 peratus pemegang akaun keldai | Sakit mata, sakit hati | Bayar agihan pendapatan | Elak serbuan saat akhir
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
AWANI Ringkas: Rusuhan di bazar Ramadan
AWANI Ringkas
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
UAE lancar kempen derma lebihan makanan sepanjang Ramadan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi UAE Food Bank melancarkan kempen menderma lebihan makanan sepanjang ramadan kepada mereka yang memerlukan.
Pelapor Khas PBB terima ugutan
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Alabanese mendedahkan menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di genting Gaza.
Pentadbiran Biden arah semua agensi persekutuan AS lantik ketua pegawai AI
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah mengarahkan semua agensi persekutuan negara itu melantik seorang ketua pegawai Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyelia semua teknologi berkaitan.
Gempur: Masalah lambakan kereta usang membelenggu penduduk
Lambakan kereta tersadai di kawasan flat Sri Pantai menyebabkan penduduk berdepan masalah kekurangan parkir. Ada yang sudah berbulan malah ada yang bertahun tersadai sehingga menyebabkan kesesakan di kawasan parkir. Walaupun beberapa kali pihak berkuasa menunda kenderaan, tetapi masalah ini terus berulang.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7109/7220 berbanding dolar AS 4.7205/7270 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit diunjur mengukuh tahun ini didorong pembaharuan struktur, prospek positif - BNM
Ringgit berada dalam kedudukan baik untuk mengukuh pada 2024, didorong oleh pembaharuan struktur dan prospek pertumbuhan yang positif.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS, mata wang utama lain
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7205/7270 berbanding dolar AS daripada 4.7340/7390 semasa ditutup pada Jumaat.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7340/7390 berbanding dolar AS 4.7140/7170 ketika ditutup pada Khamis.
Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS, didorong sentimen positif
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7140/7170 berbanding dolar AS daripada paras 4.7335/7400, semalam.
Ringgit bergerak dalam julat kecil namun ditutup tinggi menjelang keputusan mesyuarat Fed
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7335/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7350/7390 semasa ditutup pada Selasa.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS menjelang keputusan mengenai kadar faedah
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7350/7390 berbanding dolar AS daripada 4.7165/7195 semasa ditutup semalam.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada jam 6 petang, ringgit susut kepada 4.7165/7195 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7050/7095 pada Jumaat.
Mata wang serantau termasuk ringgit diniagakan lemah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7050/7095 berbanding dolar AS daripada 4.6845/6878 yang dicatatkan semalam.