awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
Malique kongsi foto dukung bayi, ubat kerinduan peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
08/08/2022
03:40 MYT
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Isnin apabila dolar AS terus mengukuhkan daya tarikannya sebagai mata wang selamat di tengah-tengah sentimen penghindaran risiko dalam pasaran, kata penganalisis.
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan merosot kepada 4.4580/4610 berbanding dolar AS daripada 4.4490/4520 pada penutup Jumaat lalu.
Penganalisis itu berkata hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun jatuh kepada 2.38 peratus apabila permintaan untuk instrumen yang lebih selamat semakin kukuh.
Beliau berkata selera untuk instrumen seperti tunai kini meningkat walaupun pulangan rendah, dan itu bermakna tumpuan utama pada masa ini adalah untuk melindungi prinsip pelaburan.
Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menambah nilai berbanding euro kepada 4.5320/5351 daripada 4.5513/5544 pada hari Jumaat dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2944/2971 daripada 3.3459/3484 minggu lepas.
Nilai ringgit turut mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2251/2275 daripada penutup Jumaat pada 3.2330/2355 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.3746/3782 daripada 5.3989/4025 sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan