ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 20 September 2026.
Najib kekal di Penjara Kajang hingga denda RM50 juta dibayar - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak akan kekal berada di Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta yang ditetapkan di bawah pengampunan bersyarat dibayar kepada mahkamah.
Langgak Duta bersedia sambut kepulangan Najib, van polis mula ditempatkan esok pagi
Sebuah van Balai Polis Bergerak dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dijangka ditempatkan di pekarangan kediaman Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta, di sini, jam 7 pagi Isnin.
Akta Tahanan Rumah disasar kurangkan kesesakan penjara - Saifuddin Nasution
Cadangan memperkenalkan Akta Tahanan Rumah adalah bertujuan menguruskan isu kesesakan penjara khususnya melibatkan tahanan reman dan bukannya untuk pesalah yang telah disabitkan kesalahan.
"Ayah terharu, tidak sangka ramai sanggup sumbang Tabung Solidariti DSN" - Anak Najib
Datuk Seri Najib Razak menyatakan perkara itu ketika dilawati keluarganya pada Sabtu.
Jerebu: 32 stesen kekal tidak sihat setakat 6 petang, Serian masih tertinggi
Sebanyak 32 stesen pemantauan di seluruh negara terus merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 6 petang hari ini.
"Rombakan Kabinet menyusul? Satu-satulah” - PM Anwar
Perdana Menteri mengesahkan masih belum menerima surat peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Bekas ADUN Bongawan Karim Bujang meninggal dunia
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bongawan, Datuk Karim Bujang meninggal dunia tengah hari tadi di kediamannya di Kampung Sipanggil, Putatan, Sabah.
Kedudukan Raja perlu ikut Perlembagaan, undang-undang - Anwar
Kedudukan Raja perlu ditentukan berdasarkan Perlembagaan dan undang-undang, bukan semata-mata berdasarkan keputusan pilihan raya.
Rosmah terharu terima sumbangan, doa untuk Najib
Menerusi hantaran di media sosial, Rosmah berkata sumbangan itu bukan sahaja diterima daripada kenalan di Malaysia, malah turut datang daripada rakan-rakan dari Brunei, Itali, Singapura dan Kanada.
Jenazah tiga sekeluarga maut dalam kebakaran di Tambun dikebumi dalam satu liang lahad
Jenazah tiga sekeluarga yang maut dalam kebakaran di Persiaran Desa Tambun 4, Taman Desa Tambun, di sini awal pagi tadi, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Tambun di sini kira-kira 8.25 malam Ahad.