KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Khamis.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan turun kepada 4.4030/4070 berbanding dolar AS daripada kadar penutup urus niaga Rabu pada paras 4.3970/4020.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) melantun semula sebanyak 0.32 peratus kepada 101.91 mata.
"Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Amerika Syarikat bagi sektor perkhidmatan pada Mac menyusut kepada 51.2 mata daripada 55.1 mata sebelum ini berbanding anggaran konsensus pada 54.5 mata.
"Begitu juga, perubahan guna tenaga ADP yang mengukur penghasilan pekerjaan dalam sektor swasta turun menjadi 145,000 pada Mac (Februari: 242,000) berbanding jangkaan pasaran 200,000," katanya kepada Bernama.
Mata wang utama lain seperti Euro dan pound Britain (GBP) juga lebih rendah berbanding dolar AS, masing-masing turun 0.01 peratus dan 0.31 peratus kepada AS$1.09 dan AS$1.24.
"Sehubungan itu, gandingan ringgit dolar (USD/MYR) boleh berlegar sekitar RM4.40 hari ini kerana peserta pasaran mungkin lebih berhati-hati .
"Setakat ini, data daripada indeks PMI menunjukkan ekonomi global semakin lemah, membayangkan bank-bank pusat boleh beralih untuk memihak kepada pertumbuhan ekonomi dalam tempoh akan datang," tambah Mohd Afzanizam.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menambah nilai berbanding euro kepada 4.7962/8005 daripada 4.8156/8211 pada penutup Rabu dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4804/4854 daripada 5.4879/4941 tetapi menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.3567/3600 daripada 3.3399/3440 sebelumnya.
Berbanding mata wang ASEAN pula, ringgit diniagakan bercampur-campur.
Mata wang tempatan meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.3135/3170 daripada 3.3165/3205 pada penutup Rabu dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.9439/9618 daripada 12.9782/9991 sebelumnya.
Bagaimanapun, ringgit turun berbanding peso Filipina pada 8.09/8.10 daripada 8.08/8.09 semalam dan lemah berbanding rupiah Indonesia kepada 294.80/295.20 daripada 294.40/294.90.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2023
Pada 9 pagi, mata wang tempatan turun kepada 4.4030/4070 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.
Ringgit terus catat kenaikan berikutan keyakinan meningkat terhadap satu lagi penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4250/4305 berbanding dolar AS daripada .4505/4550 pada Rabu.
Ringgit meningkat selepas minit mesyuarat Fed menunjukkan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4440/4465 berbanding dolar AS daripada 4.4560/4600 pada Selasa.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
BNM beri jaminan terus pantau, urus ketidaktentuan susulan perkembangan global
BNM berpendapat bahawa asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia yang kukuh dapat menyediakan penampan terhadap kejutan luaran.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.