awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India perkukuh CSP, dalami kerjasama semikonduktor, pendidikan
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Cuaca panas: Pentadbir sekolah diberi autonomi urus aktiviti, pakaian murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
20/07/2023
03:00 MYT
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.5545/5585 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi Khamis, seiring dengan kelemahan dalam nilai yuan China, kata seorang penganalisis.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.5545/5585 berbanding dolar AS daripada 4.5375/5420 pada penutup Selasa.
Pasaran ditutup pada Rabu sempena cuti umum sambutan Awal Muharram.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes memberitahu Bernama hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang rendah serta penurunan inflasinya sepatutnya menyokong nilai ringgit.
Namun begitu, katanya pergerakan ringgit masih lagi dipengaruhi oleh prestasi yuan dan kecenderungan negatif terhadap sentimen pertumbuhan China.
Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.
Ringgit mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.8967/9019 daripada 5.9450/9509 pada penutupan urus niaga Selasa dan lebih tinggi berbanding yen Jepun kepada 3.2672/2703 daripada 3.2835/2870 tetapi lemah berbanding euro kepada 5.1092/1137 daripada 5.1038/1088 sebelumnya.
Pada masa yang sama, mata wang tempatan diniagakan rendah berbanding mata wang Asean yang lain.
Nilai ringgit agak rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.4394/4427 daripada 3.4346/4383 pada penutup Selasa dan lemah berbanding baht Thai kepada 13.4212/4394 daripada 13.2586/2768 sebelumnya.
Ringgit hampir tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.34/8.36 daripada 8.34/8.35 dan turun berbanding rupiah Indonesia kepada 303.6/304.0 daripada 302.5/302.9 pada Selasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan