KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan minat belian yang lebih baik terhadap dolar AS.
Pada 9.06 pagi, unit tempatan susut kepada 4.1600/1630 berbanding dolar AS daripada 4.1525/1545 sewaktu ditutup semalam.
Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata data inflasi Amerika Syarikat (AS) (seperti yang diukur oleh Indeks Harga Pengguna) adalah lebih tinggi pada 4.6 peratus berbanding ramalan 4.3 peratus, sekali gus menjadi pemangkin utama dalam pergerakan menaik dolar AS-ringgit.
Beliau berkata inflasi tahunan pada 4.6 peratus di AS merupakan yang tertinggi dalam tempoh 30 tahun berikutan sejumlah besar wang yang diperuntukkan dalam pasaran kewangan sebagai langkah rangsangan bagi memerangi pandemik.
"Malah, dasar menurunkan kadar faedah rendah yang diamalkan oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) sejak pandemik bermula telah menyebabkan situasi itu menjadi lebih buruk.
"Melalui bacaan inflasi sedemikian, pasaran mengambil maklum bahawa Fed dijangka menaikkan kadar faedah lebih awal daripada dijangka pada 2023," katanya kepada Bernama.
Dari sudut teknikal, sekiranya ringgit-dolar AS melepasi paras 4.1600, ia mampu mencapai 4.1900 dalam masa beberapa hari lagi, kata Diniz.
Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6469/6495 daaripada 3.6683/6704 pada Rabu dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0726/0750 daripada 3.0816/0833 sebelum ini.
Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.5744/5784 daripada 5.6208/6235 sewaktu ditutup semalam dan menokok berbanding euro kepada 4.7732/7766 daripada 4.8078/8101.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 11 2021
Pada 9.06 pagi, unit tempatan susut kepada 4.1600/1630 berbanding dolar AS.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi
Tentera Darat Malaysia akan terus memperkukuh komunikasi dan koordinasi ketumbukannya terutamanya melibatkan pos-pos terpencil seperti kawasan sempadan dan pulau.
[TERKINI] Singapura sedang alami gelombang baharu - Kementerian Kesihatan
Panndemik tersebut di bahagian permulaan gelombang, di mana ia dijangka memuncak dalam dua hingga empat minggu akan datang.
Faisal tidak sabar nak main bola
Semangat pemain Selangor FC, Faisal Halim sangat luar biasa apabila menyatakan hasrat mahu bermain bola sepak walaupun masih belum pulih akibat kecederaan simbahan asid baru-baru ini.
Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan
Ringgit dijangka didagangkan dalam julat kecil 4.67 hingga 4.69 berbanding dolar AS minggu depan disebabkan ketiadaan data ekonomi utama.
Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM
Nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7535/7555 pada Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.