awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
18/05/2024
10:21 MYT
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Naim Daniel membuat laporan polis pada 15 Mei lepas di Balai Polis Lenggeng. - Gambar fail
NILAI: Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat oleh selebriti berusia 26 tahun itu pada 15 Mei lepas pada jam 12.42 pagi di Balai Polis Lenggeng.
"Pengadu menyatakan pada hari sama ketika berada di rumah telah menerima satu ugutan jenayah dari individu yang tidak dikenali di laman sosial.
"Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan/Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 iaitu jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya, " katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Ujarnya, polis turut merampas sebuah telefon bimbit milik suspek dan dia kini direman selama empat hari bermula Sabtu untuk siasatan kes.
"Kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan dalam masa terdekat," katanya.
Naim Daniel sebelum ini turut membuat laporan polis di balai bawah pentadbiran Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang pada 14 Mei lalu susulan ugutan bunuh di laman sosial terhadap ibu bapanya di media sosial.
Ia mengenai satu hantaran di aplikasi Instagram yang dibuat seorang pemilik akaun yang menulis 'ini kalau jumpa mak pak hang (kau), aku sembelih hidup-hidup'. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Naim Daniel
#ugutan jenayah
#media sosial
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan