awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS menjelang pengumuman Indeks Harga Pengguna

Bernama
Bernama
13/04/2021
02:34 MYT
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS menjelang pengumuman Indeks Harga Pengguna
Urus niaga ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pagi ini di tengah-tengah jangkaan peningkatan hasil bon AS menjelang pengumuman IHP AS untuk bulan Mac 2021 lewat hari ini. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Urus niaga ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pagi ini di tengah-tengah jangkaan peningkatan hasil bon AS menjelang pengumuman Indeks Harga Pengguna (IHP) AS untuk bulan Mac 2021 lewat hari ini.
Pada 9 pagi, unit tempatan itu susut 10 mata asas kepada 4.1320/1360 berbanding dolar AS daripada 4.1310/1350 ketika mengakhiri urus niaga petang Isnin.
Kerugian itu bagaimanapun, telah disekat oleh harga minyak mentah yang lebih stabil dengan minyak mentah penanda aras Brent naik 0.08 peratus kepada US$63.33 setong.
"Ringgit juga terperangkap di celah-celah petunjuk bertentangan iaitu antara harga minyak mentah yang kian stabil dan jangkaan hasil AS yang tinggi (dolar AS lebih kukuh) menjelang pengumuman doket ekonomi AS minggu ini," jelas Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes kepada Bernama.
Sementara itu, Innes berkata prestasi ringgit turut tertekan oleh rekod penularan COVID-19 di Thailand, India dan Filipina.
"Berikutan gelombang baharu pandemik di Thailand, India dan Filipina, saya berpendapat kebimbangan mengenai virus serantau ini telah menjejaskan sentimen tempatan secara keseluruhan, terutamanya melalui negara dengan pelancaran vaksin yang lambat yang mungkin menyumbang kepada beberapa aliran keluar pasaran," kata beliau.
Pada paras pembukaan, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.
Ia hampir tidak berubah berbanding dolar Singapura kepada 3.0815/0850 daripada 3.0810/0851 pada Isnin dan menyusut berbanding euro kepada 4.9183/9235 daripada 4.9171/9227.
Berbanding yen Jepun, ringgit mengukuh kepada 3.7711/7758 daripada 3.7785/7832 sementara dengan pound sterling pula, ia meningkat kepada 5.6670/6841 daripada 5.6743/6807 semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#IHP
#Indeks Harga Pengguna
#dolar AS
#Brent
#gelombang baharu
#harga minyak
#COVID-19
#pandemik
#Stephen Innes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan