KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada pagi urus niaga Rabu apabila nilai dolar AS meningkat berikutan sentimen yang kian mengukuh bahawa kadar faedah akan diturunkan oleh Rizab Persekutuan (Fed) pada 2024.
Pada 9.07 pagi, ringgit berada pada 4.6715/6760 berbanding dolar AS daripada 4.6610/6660 pada penutup semalam.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penurunan berterusan dalam Pembukaan Pekerjaan AS kepada 8.7 juta pada Oktober 2023 daripada paras tertinggi 12.0 juta pada Mac tahun lepas menunjukkan permintaan terhadap tenaga kerja berada dalam trend menurun.
Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.
Ringgit meningkat sedikit berbanding euro kepada 5.0438/0487 daripada 5.0483/0537 pada penutupan urus niaga Selasa, tidak berubah berbanding pound Britain kepada 5.8875/8932 daripada 5.8873/8936 sebelumnya dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.1747/1779 daripada 3.1692/1729.
Berbanding mata wang Asean yang lain, nilai mata wang tempatan agak rendah.
Ringgit menyusut nilai berbanding dolar Singapura kepada 3.4857/4893 daripada 3.4820/4860 dan lemah berbanding baht Thai pada 13.2713/2909 daripada 13.2040/2241 sebelumnya.
Nilai mata wang tempatan turut susut berbanding rupiah Indonesia kepada 301.2/301.7 daripada 300.5/301.0 dan lemah berbanding peso Filipina kepada 8.44/8.45 daripada 8.42/8.44 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 06 2023
Pada 9.07 pagi, ringgit berada pada 4.6715/6760 berbanding dolar AS daripada 4.6610/6660 pada penutup semalam. -Astro AWANI
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.4250/4315 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4300 semalam.
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit memulakan hari ini hampir mendatar berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati terhadap prospek ekonomi semasa.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini disebabkan sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pada 8.15 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4125/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4170/4220 pada Jumaat lepas.
Ringgit dijangka didagang dalam julat 4.42-4.43 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka didagangkan dalam julat 4.42 hingga 4.43 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan.
Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.
Ringgit teruskan momentum mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar AS menjelang pengumuman data penggajian bukan perladangan (NFP) negara maju itu.