awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Usaha tangani perubahan iklim terjejas, AS tarik diri dari Dana Iklim Hijau 'radikal'
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS susulan pengumuman pembayaran gaji bukan ladang

Bernama
Bernama
09/01/2026
01:30 MYT
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS susulan pengumuman pembayaran gaji bukan ladang
Pada 8 pagi ini, ringgit turun kepada 4.0650/0750 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dipengaruhi oleh peningkatan Indeks Dolar AS (DXY) ketika pasaran global akan memberi tumpuan terhadap pengumuman pembayaran gaji bukan ladang AS malam ini.
Pada 8 pagi ini, ringgit turun kepada 4.0650/0750 berbanding dolar AS daripada 4.0580/0650 ketika ditutup semalam.
Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata berkata pengukuhan dolar AS didorong oleh sokongan hasil dan bukannya penghindaran risiko, hasil Perbendaharaan AS masih berlegar dalam julat 4.1-4.2 peratus, pasaran sedang menjangkakan kelembapan ekonomi yang terkawal berbanding kejutan terhadap pertumbuhan.
"Minggu dagangan penuh pertama tahun 2026 bermula dengan kukuh tetapi momentum telah terganggu oleh peningkatan ketidakpastian geopolitik, mendorong putaran taktikal ke dalam mata wang selamat.
"Peralihan tersebut telah membebankan pertukaran mata wang asing Asia yang mempunyai turun naik tinggi, menyebabkan ringgit terpaksa bertahan buat masa ini walaupun sentimen risiko global sebenarnya masih positif."
Beliau berkata dengan dinamik buruh AS yang kini dibentuk oleh kawalan imigresen yang lebih ketat dan pertumbuhan bekalan buruh lebih perlahan, angka senarai gaji yang sederhana tidak lagi dilihat sebagai kemelesetan dan ini menjelaskan mengapa Tinjauan Tawaram Pekerjaan dan Jumlah Tenaga Kerja AS (JOLTS) baru-baru ini dan data pekerjaan ADP gagal menggerakkan pasaran secara material.
"Sebaliknya, tumpuan pelabur telah beralih kepada kadar pengangguran yang akan menentukan sama ada Rizab Persekutuan (Fed) AS boleh terus menangguhkan," katanya.
Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 2.5907/5972 daripada 2.5888/5935 ketika ditutup pada Khamis dan susut berbanding pound Britain kepada 5.4613/4748 daripada 5.4535/4630, bagaimanapun meningkat berbanding euro kepada 4.7386/7502 daripada 4.7389/7471 semalam.
Unit tempatan didagangkan lebih rendah berbanding mata wang ASEAN.
Ia naik berbanding rupiah Indonesia kepada 241.9/242.6 daripada 241.5/242.1 ketika ditutup pada Khamis dan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.1627/1710 daripada 3.1602/1659 semalam.
Ringgit berkurangan berbanding baht Thailand kepada 12.9265/9645 daripada 12.8731/9007 dan menguncup berbanding peso Filipina kepada 6.86/6.89 daripada 6.85/6.87 sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan