Ringgit dibuka sedikit tinggi dalam dagangan awal hari ini pada 4.37 berbanding dolar Amerika.

Ini susulan peningkatan minat belian pada matawang tempatan itu.

Menurut peniaga, permintaan untuk matawang tempatan meningkat ekoran prestasi bursa tempatan yang bertambah baik.

Ringgit turut dibuka tinggi berbanding matawang utama lain.