awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
12/12/2024
10:33 MYT
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sejumlah AS$340 juta (RM1.5 bilion), yang ada dalam simpanan Pejabat Dana, Mahkamah United Kingdom ketika ini.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi kenyataan hari ini memberitahu, perintah itu dikeluarkan Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh pada Selasa lalu.
"Larangan itu dikeluarkan mahkamah selepas berpuas hati dengan bukti-bukti yang dikemukakan pihak pendakwaan, yang mana menunjukkan dana berkenaan mempunyai kaitan dengan aktiviti pengubahan wang haram," menurut kenyatan itu.
SPRM memaklumkan, perintah itu turut menghalang Ketua Pegawai Eksekutif Petrosaudi International Ltd (PSI), Tarek Obaid daripada mengakses dana berkenaan.
Perintah Larangan itu dikeluarkan mengikut Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLTFPUAA 2001) berdasarkan permohonan yang difailkan pihak pendakwaan pada 2020.
Pada 13 Mac lalu, SPRM berjaya mendapatkan Perintah Larangan ke atas 41 barangan kemas di Hong Kong bernilai 9,417,842.60 pound milik Tarek Obaid.
Topic Berkaitan
#pengubahan wang haram
#1MDB
#perintah larangan
#Mahkamah Tinggi
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan