KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada pembukaan pada Rabu berikutan sebahagian ketidakpastian mengenai pandemik telah mula hilang apabila saintis mula mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang varian Omicron.
Pada 9 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.2220/2240 berbanding dolar AS daripada 4.2320/2330 semasa ditutup pada Selasa.
Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata pelabur bimbang varian baharu akan menyebabkan satu lagi sekatan pergerakan di peringkat global.
“Bagaimanapun, kini diketahui bahawa varian ini tidak membawa maut seperti yang sebelumnya. Dari aspek teknikal, USD/MYR (kadar pertukaran dolar AS-kepada-ringgit) cuba untuk melepasi julat halangan utama pada 4.2400.
“Jika harga dapat melepasi melebihi 4.2400, ia boleh merosot kepada 4.2900. Sebaliknya, jika USD/MYR turun daripada 4.1930, ia boleh mengukuh kepada 4.1400 dalam masa beberapa hari,” katanya dalam kenyataan.
Unit tempatan diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali berbanding pound.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0915/0934 daripada 3.0974/0986 pada Selasa dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.7188/7206 daripada 3.7221/7230.
Ia naik berbanding euro kepada 4.7599/7621 daripada 4.7699/7710, bagaimanapun rendah berbanding pound kepada 5.5916/5943 daripada 5.6133/6147 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 08 2021
Pada 9 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.2220/2240 berbanding dolar AS.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7109/7220 berbanding dolar AS 4.7205/7270 ketika ditutup pada Isnin.