awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa BLACKPINK jadi wajah kempen pelancongan Thailand bermula Januari 2026
Impian jadi penyampai radio? SINAR FM cari ‘Penyampai Emas’ baharu!
Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi turun bagi tempoh 25 hingga 31 Dis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
27/06/2023
02:10 MYT
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang Asean yang lain. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Nilai ringgit terus meningkat dan dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi.
Sementara itu, mata wang dolar AS dilihat menyusut sedikit berbanding mata wang utama yang lain.
Bagaimanapun, dolar AS masih dilihat sebagai mata wang selamat dan akan menyaksikan tekanan menaik berikutan ketidaktentuan di Rusia pada hujung minggu serta kebimbangan terhadap pertumbuhan global selain jangkaan dasar monetari yang lebih ketat daripada Rizab Persekutuan AS, kata peniaga.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.6720/6780 berbanding dolar AS daripada 4.6730/6780 pada penutup semalam.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata walaupun renminbi didagangkan pada paras terendah tujuh bulan (7.2440) berbanding dolar AS dan kebimbangan berterusan terhadap pertumbuhan China, ringgit sebaliknya terus stabil.
Beliau berkata, memandangkan pelabur menyedari bekalan komoditi masih terdedah kepada gangguan landskap geopolitik yang tidak menentu di Rusia, harga komoditi yang lebih tinggi berkemungkinan membantu mengimbangi isu China bagi ringgit.
Dalam pada itu, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9358/9434 daripada 5.9487/9551 pada penutup Isnin dan lebih tinggi berbanding yen Jepun pada 3.2560/2602 daripada 3.2624/2661 tetapi menyusut nilai berbanding euro kepada 5.0943/1009 daripada 5.0917/0971 sebelumnya.
Ringgit bagaimanapun diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang Asean yang lain.
Nilai unit tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.4508/4555 daripada 3.4536/4575 pada penutup Jumaat dan meningkat berbanding baht Thai kepada 13.2531/2754 daripada 13.2733/2954 semalam.
Ringgit lebih tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 310.9/311.5 daripada 311.0/311.5 tetapi tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.39/8.40.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#Stephen Innes
#pembukaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan